Sunday 6 February 2011

PR should not encourage Subsidy Mentality

I disagree strongly with the subsidy for petrol and LPG. There should
not be any subsidy but a cash award for all users. Let the users
decide what to do with the money. It is only fair that those who save,
will get the most of the cash incentives in lie of subsidies.

The total cost of subsidy of 4 billion is unrealistic when the prices
of commondities will rise as a result of the subsidies
themselves.These subsidies encourage consumption that will lead to
increase in the prices of these essential but not necessary
commondities. By giving cash awards of a total of RM8 billion to all
citizens, it will be better give cash awards to all citizens. It will
also encourage them to register their births and identification cards.

Imagine, if the populatiion of Malaysia were 40 million, RM8billion
will mean, RM200 per person, man, woman and children. Each family
will get about RM1000. This is much easier to manage than giving
subsidies that have various leakages. It will encourage savings as
well. With so much cash, fruitful business will thrive with production
costs matching real situations instead of propped up by subsidies.

PAKATAN Hanya Perlukan RM19 Bilion Untuk Rakyat
post info
By Anwar Ibrahim
Categories: Agenda Baru, Analisis, Anwar, Demokrasi, Ekonomi, Hebahan,
Isu Semasa, KeADILan, Kewangan, Malaysia, Media, Pakatan Rakyat,
Parlimen, Persidangan and Umno
1 Comment

Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rayat tidak
dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan
lagi UMNO/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan
fakta. Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan
rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka.

Tuduhan beliau bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan
negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, UMNO/BN yang berhutang
setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. Laporan Ketua Audit
Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa
nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali
pertama dalam sejarah negara.

Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39
billion atau 53.7% dari KDNK. Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah
pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam
tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang
membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.

Tabiat berhutang UMNO/BN akan diperhebatkan tahun ini. Pada 14
Disember 2010, Bank Negara Malaysia mengumumkan kerajaan akan menjual
29 bon tambahan dalam tahun 2011. Menurut anggaran Institut
Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon ini akan membabitkan hutang baru
kerajaan persekutuan berjumlah RM83 bilion.

Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan
Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini.
Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika UMNO/BN
terus berhutang sewenangnya seperti sekarang – tetapi ia bukanlah
disebabkan oleh Janji 100 Hari Pakatan Rakyat. Malaysia akan muflis
akibat ketagihan UMNO/BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa,
demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didokong UMNO/BN.

Contoh-contoh pembaziran UMNO/BN sudah diketahui rakyat. Perdana
Menteri terlampau taksub dengan bangunan 100 tingkat yang menelan
belanja RM5 bilion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntun
golongan berpendapatan rendah dan orang muda. Kerajaan UMNO/BN akan
mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat
memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa
bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO. Senarainya
terlalu panjang untuk dihuraikan disini.

Oleh itu, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan
perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula
dengan pemimpin-pemimpin kanan politik. Ini akan menyelamatkan RM28
bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah,
seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.

Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem
subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan
beberapa kerat kroni. Jumlah RM19 bilion subsidi korporat yang
ditanggung oleh PETRONAS untuk membayar IPP milik kroni akan
dipulangkan kepada Perbendaharaan. Kita juga akan menyemak semula
sistem konsesi toll untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 bilion
setiap tahun yang kini ditanggung kerajaan.

Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat
– lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat
yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan:

1.Imbuhan khas perguruan berjumlah RM500 sebulan menelan belanja RM3.2
bilion setahun.

2.Jaminan Pakatan Rakyat bahawa subsidi minyak akan dikekalkan untuk
golongan berpendapatan rendah akan melibatkan penstrukturan semula
sistem subsidi, supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati
subsidi minyak. Kos subsidi di bawah sistem sebegini dianggarkan
berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

3.Kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan subsidi gas memasak,
berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

4.Penstrukturan semula sistem tol di bawah PLUS dianggarkan menelan
belanja RM23 bilion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh
Khazanah dan KWSP. Kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan untuk
mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan
berjumlah RM8 bilion.

Justeru, jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100
Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi
korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun. Jumlah
ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap
tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan
bersenang-lenang.

Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma telah
pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kami telah
membuktikan ia mampu dilaksanakan.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi
kenapa UMNO/BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat
apabila rakyat tahu bahawa ia mampu dilaksanakan. Tabiat berhutang
UMNO/BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak
bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak
dibelanjakan untuk rakyat.

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
11 JANUARI 2011
===========

PAKATAN ONLY NEEDS RM19 BILLION TO IMPLEMENT 100-DAY REFORM PROGRAMS

Prime Minister's repudiation of Pakatan's 100-day reform programs on
financial ground will further highlight UMNO/BN's reluctance to spend
the national wealth for the people.

It is a bit presumptious for the Prime Minister to claim that
Pakatan's 100-day reform program will bankrupt the country, since it
is UMNO/BN-led government that had borrowed excessively each year. The
Auditor General's Report released on 25 October 2010 cautioned
Putrajaya that the national debt to GDP ratio has breached the 50%
mark for the first time in our history.

Malaysia government's debt for 2009 rose to RM362.39 billion or 53.7%
of GDP. The level of national debt in fact worsens under the
stewardship of the current Prime Minister. The government undertook 19
bond programmes with a combined value of RM58.1 billion in 2010.

On 14th December 2010 Bank Negara Malaysia announced that the
government will launch 29 additional bond programmes in 2011. RHB
Research Institute estimates that this will involve a combined value
of RM83 billion of new debts to be undertaken by the Federal
Government.

Therefore, the Prime Minister's criticism in rejecting Pakatan's 100-
day reform program should be viewed in this perspective. Malaysia is
en route to bankruptcy at the rate that it is raising debts to fund
UMNO/BN's addiction to wasteful spending and corruption that is
endemic in the crony capitalism structure that it props.

The public is generally privy to such examples of excesses are well
known to the people. Instead of providing homes to the poor and young
people, the Prime Minister is more obsessed with his 100-storey tower
costing RM5 billion. The UMNO leadership will scream bankruptcy each
time Pakatan fights for better pay for the teachers, yet it has no
qualms to pay RM77 million for a one year contract to APCO. The list
is endless.

Thus, the first action of a Pakatan Federal government is to announce
an all out war against corruption at all levels in the government,
starting with the political leadership. This will save an amount of
RM28 billion for the national treasury as estimated by the Auditor
General, believed to have been lost each year due to corruption and
leakages.

Next, a Pakatan Federal Government will restructure the national
subsidy system to abolish corporate subsidies that had bled the people
and enriched only a few cronies. The RM19 billion of subsidy to IPP
borne by PETRONAS each year will be reverted to the national treasury.
Similarly, we will undertake an overhaul of the toll concession system
to return the RM4 billion's worth of compensation paid to
concessionaires back to the national treasury.

These two quick actions will yield an additional RM51 billion
financial muscle for a Pakatan Federal Government to implement our 100-
day reform programs, whose cost is only a third of the amount:

1. The new RM500 a month teaching allowance for teachers and
educational officers will cost RM3.2 billion annually

2. Our guarantee that fuel subsidies will be maintained for lower
income group will involve a restructuring of the subsidy system, so
that only the lower income group enjoys fuel subsidy. The cost
estimate for maintaining fuel subsidy under a restructured subsidy
system is RM4 billion annually

3. Pakatan Federal Government will continue to subsidise LPG, at an
estimated cost of RM4 billion annually

4. The restructuring of the toll system under PLUS is expected to cost
RM23 billion, based on the current offer made by Khazanah and EPF. The
additional cost to acquire minority shareholders is approximately RM8
billion.

The additional cost required to fund Pakatan's 100-day programs is
only RM19.2 billion, an amount equivalent to the existing corporate
subsidies fed to IPPs each year. This is a pittance compared to the
RM51 billion stolen from our national economy to keep the cronies
afloat and fat.

The other people-centric programs such as free water and free wi-fi
schemes have been implemented in Pakatan states. This has been proven
to be viable and sustainable.

The onus is for the Prime Minister to come up with a complete
explanation of his reluctance to implement these programs, when rakyat
knows that we can afford it. It is utterly irresponsible to continue
piling debts for future generations to bear but refuses to utilise the
money for the welfare of the people.

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
LEADER OF OPPOSITION
11 JANUARY 2011

No comments: