Sunday 6 February 2011

Pelajaran jika berjumpa dengan Polis untuk Kanak-kanak

http://exception2008.blogspot.com/2010/05/muhamad-azamuddin-omar-berbohong.html

Untuk menjawab kesangsian kenapa 5 orang anggota Polis tidak dapat mencederakan seorang budak berumur 15 tahun yang dapat melarikan diri.

1. Bukan semua anggota polis mahu mencederakan budak itu.
2. Tempat sempit, jadi cuma seorang sahaja boleh menendang pada satu ketika
3. Budak ini lincah dan dapat mengelak.
4. Badan budak ringan, jadi jika ditendang, badannya akan melayang, mengurangkan kecederaan.
5. Budak boleh lari dengan cergas jadi menyusahkan untuk menembak.
6. Polis memang mahu membunuh budak ini dengan menembak tepat di kepala kecuali budak ini mahu mengelak.
7. Jika budak ini dapat lari dari genggaman polis, Polis akan susah untuk menembak tanpa dicurigai oleh penyiasat atau otopsi. Juga saksi mungkin berkeliaran dikawasan itu.
8. Jika ada saksi, pastikan melarikan diri dengan segera. Ramai saksi juga telah dibunuh oleh polis.
9. Punca Polis membunuh adalah untuk menutup kes salah tembak.
10. Terlalu banyak kejadian dimana KESEMUA SAKSI MATI di tempat kejadian.
11. Kononnya tidak dapat dielakkan untuk membunuh keseluruah tetapi ini nyata salah sebab Bapa saya, seorang anggota Polis Laut selalu bertempur dengan lanun yang lebih ganas dan penuh dengan senjata berat tetapi tidak semuanya mati ditembak juga. Kebanyakannya cedera sahaja.
12. Anak-anak polis, termasuk Pesuruh Jaya polis tidak lepas sebab tedapat satu kes dimana anaknya telah dipenjara. Nasib tidak dibunuh untuk menutup kes pembunuhan polis.
13. Pegawai Polis berpangkat Inspector pun tidak selamat sebab ada kes dimana dia telah lupa membawa kad waran dan ditahan.

Gejala tidak sehat ini berlaku sebab pehak Polis sendiri menyembunyikan perkara ini dari orang ramai. Lain dari zaman bapa saya sewaktu pemerintahan kononnya penjajah British. Yang paling banyak didera adalah anggota Polis itu sendiri. Bukannya orang ramai. Selalu sahaja Polis di dera dengan disuruh berlari dikeliling padang sebab kesalahan kecil sahaja.

Yang penting adalah untuk menasihati anak-anak kita untuk lari dari tempat kejadian walaupun ada polis ditempat itu. Nanti beramai ramai baru buat laporan polis diBalai Polis. Lebih lebih lagi jika ada kejadian kecederaan. Yang sedihnya, walaupun kecederaan itu tidak mengakibatkan maut, budak itu akan dibunuh juga untuk menutup kes salah tembak.

Bukan senang untuk menbunuh orang. Perlu banyak tembakan. Tembakan ini cuma boleh dibuat jika anda diam diri. Kalau dapat lari susah untuk ditembak. Kes kes pembunuhan polis ini kesemuanya ditembak bertubi tubi sebab mereka tidak cuba lari. Jika mereka lari, jelas tembakan akan kena dari belakang. Polis tidak akan berani menembak sebab terlalu jelas buktinya.

Sekurang-kurangnya belum pernah saya dengar kes pembunuhan polis dimana tembakan dibuat dari belakang bertubi tubi.

No comments: