Thursday 17 February 2011

Polis tidak bersalah membunuh Aminulrasyid tetapi bersalah menuduh dan mencuba membunuh Aminuding!!!

Memang pun polis tidak akan didapati bersalah kerana menembak Amirul
yang membawa kereta. Saya sokong Mahkamah sebab ini memang ini yang
nyata dan Keluarga pun mungkin terpaksa akur.
Yang dimarahi ialah TUDUHAN BAHAWA AMIRUL DAN AMINUDIN ADALAH
PEROMPAK.
Apa bukti POLIS untuk menuduh mereka sebagai perompak? Langsung tidak
ada dan KENAPA PULA terburu buru menuduh walaupun tahu bahawa Aminudin
masih terselamat????
Kalau ada akal, senang saja. Semua yang dinyatakan oleh Aminudin lah
yang benar sepenuhnya. Dia tidak ada motif lain selain memberi
kenyataan yang benar tetapi POLIS ADA MOTIF UNTUK BERBOHONG, iaitu
UNTUK MEMBUNUH AMINUDIN dihari yang lain.
Polis juga yakin bahawa Pendakwa raya akan mempecayaan pehak polis
sehingga tidak akan menyoal mereka walaupun mereka TELAH MEMBUNUH
AMINUDIN. Bukan kah begitu kes kes pembunuhan beramai ramai oleh Polis
pada masa lalu???? Semua dituduh perompak ganas, ajaran sesatlah dan
banyak lagi, tetapi tidak ada bukti yang nyata. CUMA PARANG SAHAJA!!!
Cuma orang BODOH sahaja yang percaya bahawa dengan parang sahaja boleh
mengancap polis yang bersenjatakan rifle otomatik. Apa salahlah
hancurkan kaki sahaja!!! Atau badan sehingga tidak dapat bergerak,
kenapa PERLU BUNUH SEHINGGA HANCUR KEPALA!!!!
SELAGI POLIS MENUDUH AMINUDIN PEROMPAK, SELAGI ITULAH NYAWA AMINUDIN
DALAM BAHAYA. Awas tuan tuan semua.
Mahkamah putuskan kes Aminulrasyid 28 Februari
Jamilah Kamarudin
| February 17, 2011
SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen menetapkan 28 Februari ini untuk memutuskan
sama ada wujudnya keraguan (prima facie) dalam kes pelajar Tingkatan
3, Aminulrasyid Amzah.yang ditembak mati polis di sini 26 April lalu,.
Mahkamah sepatutnya mendengar keputusan hari ini, namun Hakim Latifah
Mohd Tahar tidak berbuat demikian kerana masih lagi terdapat beberapa
perkara yang masih belum jelas baginya.
Sehubungan itu, beliau mengarahkan pihak pendakwaan dan pembelaan
supaya mengemukakan beberapa pengesahan hujah.
Antaranya jarak tembakan yang dilepaskan serta kedudukan tertuduh,
Koperal Jenain Subi dan rakannya yang juga penembak pertama Konstabel
Mohd Izham Mahayaddin semasa melepaskan tembakan.
Sementara itu, mahkamah turut dipenuhi dengan media, keluarga dan
rakan-rakan Aminulrasyid yang mahu mendengar keputusan kes ini.
Keluarga masih tuntut polis minta maaf
Peguam pemerhati mewakili keluarga Aminulrasyid, N Surendran berkata,
pihaknya masih menuntut supaya polis dan Kementerian Dalam Negeri
(KDN) meminta maaf kerana menggelarkan remaja itu sebagai penjenayah.
Polis sebelum ini mengesyaki Aminulrasyid terlibat dalam kejadian
jenayah kerana sebilah parang yang dijumpai dibawah tempat duduk
penumpang hadapan dalam kereta Iswara BET 2053 yang dipandu pada malam
kejadian.
"Sampai sekarang polis dan KDN masih enggan minta maaf kepada keluarga
Aminulrasyid walaupun tiada dakwaan yang membuktikan remaja ini
seorang penjenayah," katanya kepada pemberita di luar mahkamah.
Surendran yang juga Naib Presiden PKR mahu polis menjalankan siasatan
terhadap rakan yang juga saksi terakhir melihat Aminulrasyid hidup,
Azamuddin Mohd Omar.
Surendran berkata sehingga sekarang tiada siasatan dijalankan terhadap
polis yang menjatuhkan dan memukul ketika Azamuddin cuba melarikan
diri selepas kereta dipandu Aminulrasyid melanggar pokok.
"Laporan polis sudah dikemukakan malah Bukit Aman juga telah memanggil
Azamuddin untuk beri keterangan tetapi siasatan tidak dijalankan.
"Kami mahu polis bertanggungjawab dalam kes ini," katanya.
Jenain, 48, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, antara
pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April tahun lalu di Jalan Tarian 11/2,
Seksyen 11, di sini.
Mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, beliau boleh dikenakan
hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

No comments: