Sunday 26 August 2012

Fwd: Anwar sokong perkahwinan homosexual?

---------- Forwarded message ----------
From: "Ir. Hj. Othman bin Hj. Ahmad" <othm...@gmail.com>
Date: Aug 26, 2:10 pm
Subject: Anwar sokong perkahwinan homosexual?
To: soc.culture.malaysia


Datu Dr. Hassan Ali ini pula berkata:
"Hassan berkata maksud sokongan itu perlu dibaca secara keseluruhan
dan bukannya memilih ayat-ayat
tertentu."

Yang sedihnya, dia sendiri memilih perkataan perkataan tertentu untuk
memberi maksud penulis asal.
"the sanctity of marriage between men and women", bererti kemuliaan
perkahwinan.

Kemudian:
"Surendran: Dalam ayat ketiga "We need to review them. We do not
promote homosexuality in public sphere and domain". Adakah ayat itu
menunjukkan Anwar menyokong homoseksual?

Hasan: Ya"

Dengan perkataan ini pun, bererti Anwar sokong perkahwinan
homosexual???
Ada perkataan SOKONG disitu? Perkataan tidak sokong berkali kali
dinyatakan oleh Anwar, dan perkataan SOKONG homosexual langsung tidak
ada, namun Dr. Hassan ini pula membuat kesimpulan bahawa Anwar sokong
perkahwian homosexual. Bukan fitnah kah ini? Cuma orang bodoh UMNO
sahaja percaya bahawa ini bererti Anwar sokong perkahwinan homosexual.

Mungkin bukan perkahwinan tetapi homosexual, seperti yang menuduh
Anwar beberapa kali dengan saksi saksi yang telah pun mengaku
berbohong DIDALAM MAHKAMAH ITU SENDIRI! Namun tuduhan pertama bukan
pengakuan berbohong yang diterima! Hakim apa itu!
Saiful(28 tahun) pula mengaku diROGOL oleh Anwar(65 tahun), tetapi
menunggu berminggu minggu untuk melapurkan kes rogol ini, dan setelah
berjumpa dengan Najib dan beberapa lagi pegawai polis lain, sebelum
membuat lapuran resmi. Lepas itu pula, lapuran doktor pertama tidak
pula diterima.
Undang undang apa ini?

"Semasa pemeriksaan semula oleh peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad
Jamaluddin yang mewakili Utusan Malaysia, bahawa perkataan 'review
archaic laws', 'punitive', 'punishment not relevant' dan 'public
spehere and domain' membawa maksud kegiatan homoseksual boleh
dihalalkan, Hasan berkata pada bacaannya ia bermaksud menghalalkan
kegiatan homoseksual"

Jika kamu telah berhadapan dengan hakim hakim Malaysia yang
menggunakan hukum civil untuk menuduh Anwar melakukan aktiviti
homoseksual, kamu patut fahamlah erti "arcaic laws", "punitive",
"punishment not relevan", "public sphere and domain".

Hukum civil, bukan hukum Islam. Anwar mahu dibicarakan didalam hukur
Islam tetapi ditolak oleh hakim BN ini, padahal jelas sekali didalam
perlembagaan bahawa orang Islam perlu dibicarakan oleh hukum Islam.

Hukum Islam memerlukan 4 orang saksi yang betul betul nampak. Kalau
tidak, ia akan dianggap sebagai FITNAH.
Nah, memang jelas sekali UMNO sudah bersalah membuat FITNAH sebab
tidak cukup saksi. Apa lagi mahu fikir panjang panjang. Dari segi
hukum syarak, UMNO sudah bersalah. Tidak perlu hakim menentukan lagi.
Kita semua boleh gunakan otak kita, dan hukum semua hakim hakim UMNO
itu. Kalau tidak kita semua masuk neraka.

Kalau pun archai law, iaitu undang undang lapuk, ini ditujukan kepada
hukum Islam lah. Dr. Hassan kata undang undang Islam tidak pandai
lapuk. Jadi buat apa majlis fatwah? Demikian juga undang undang civil.
Ia mesti direview mengikut keadaan zaman.

Mesej Anwar sebenarnya mendalam, tetapi dia memang konsisten dari
dahulu lagi. Tahun 1980 sejak saya mula kenal dengan pendirian Anwar.
Dia seorang Islam progressif, bukan jenis PAS, terutama sekali PAS
dahulu. DiSAbah, memang sudah lama kami begini disebabkan keadaan.
Sebab itu lah kami merasa lain dengan kempen PAS.

Kes Saman Anwar : Mahkamah Diberitahu Temu Bual Di BBC Sokong
Homoseksual
Published by AIDC on August 14, 2012 | 6 Comments

AIDCNews – 14/08/12 – Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan
Ali yang turut dipanggil menjadi saksi memberitahu Mahkamah Tinggi
semalam bahawa temu bual Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan badan
penyiaran British, BBC, mengenai undang-undang berkaitan homoseksual
yang disiarkan pada 12 Jan lepas, membawa maksud supaya menyokong
kegiatan itu.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam N.Surendran yang mewakili Anwar,
Hassan berkata maksud sokongan itu perlu dibaca secara keseluruhan dan
bukannya memilih ayat-ayat tertentu.

Surendran: Anwar telah mengatakan "We Muslims and non-Muslims in
Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of
marriage between men and women". Berdasarkan pendapat anda, adakah
ayat ini menunjukkan Anwar tidak menyokong homoseksual?

Hasan: Yang Arif saya membaca keseluruhan ayat. Ayat pertama dan ayat
kedua (but we should not be seen to be punitive and consider the
archaic law as relevant) tidak dapat berdiri dengan sendirinya dan ia
tidak memberi maksud homoseksual tidak diterima.

Surendran: Kalau kita lihat ayat kedua, adakah anda setuju 'archaic
law' adalah undang-undang lapuk?
Hasan: Saya tak setuju sebab kelapukan tidak pernah berlaku dalam
undang-undang Islam.

Surendran: Berdasarkan kenyataan "We Muslims and non-Muslims in
Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of
marriage between men and women" adakah Anwar menyokong institusi
perkahwinan antara lelaki dan perempuan?

Hasan: Ya setuju.

Surendran: Dalam ayat ketiga "We need to review them. We do not
promote homosexuality in public sphere and domain". Adakah ayat itu
menunjukkan Anwar menyokong homoseksual?

Hasan: Ya

Surendran: Anda pasti dengan jawapan itu?
Hasan: Ya

Surendran: Saya cadangkan kepada anda ayat ini tidak sokong
homoseksual tapi sokong perkahwinan.

Hasan: Saya tak setuju

Hasan juga turut disoal balas oleh seorang lagi peguam Anwar, Latheefa
Koya berkenaan dengan aktiviti homoseksual di tempat persendirian
bukan merupakan satu jenayah jika dibandingkan dengan di khalayak
umum.

Hassan menjawab, dalam hukum Islam dosa tetap dianggap satu jenayah
tidak kira ia dilakukan secara sembunyi atau terang-terangan.

Latheefa:Adakah anda tahu perbezan antara dosa dengan jenayah.

Hasan: Saya tak pasti.

Latheefa: Saya cadangkan kepada anda sesuatu kegiatan yang dilakukan
dalam Islam boleh dianggap sebagai dosa tetapi sekiranya tidak
dilakukan di hadapan khalayak ramai, ia tidak boleh dijadikan sebagai
jenayah. Adakah anda setuju?

Hasan: Tidak setuju. Sama ada di tempat awam atau tertutup, kalau itu
tidak dibolehkan (berdosa), maka ia tetap tidak dibolehkan.

Hasan, saksi defendan pertama, berkata demikian pada perbicaraan kes
saman Anwar terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua
pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak berhubung artikel mengenai komen
Anwar bersama BBC mengenai undang-undang berkaitan homoseksual.

Pada 20 Januari lalu, Anwar memfailkan saman fitnah itu bagi menuntut
ganti rugi RM50 juta, atas dakwaan telah menerbitkan dua artikel di
muka hadapan dan muka surat 10 akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17
Januari tahun ini berhubung temu bualnya bersama BBC.

Semasa pemeriksaan semula oleh peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad
Jamaluddin yang mewakili Utusan Malaysia, bahawa perkataan 'review
archaic laws', 'punitive', 'punishment not relevant' dan 'public
spehere and domain' membawa maksud kegiatan homoseksual boleh
dihalalkan, Hasan berkata pada bacaannya ia bermaksud menghalalkan
kegiatan homoseksual.

Perbicaraan bersambung 23 Oktober ini.

No comments: