Sunday 26 August 2012

Anwar pernah siasat Dr Yusof Al Qaradawi, 5 jam?

Konon Anwar rakan baik Wolfwitz, seorang Yahudi USA yang menuduh
Qardawi menghasut orang Islam membunuh rakyat USA. Tetapi mahu pula
menjelaskan dengan Qardawi bahawa dia disalah tafsirkan seperti yang
selalu dibuat oleh UMNO. Orang kata tidak sokong perkahwinan
homosexual, beberapa kali pun, masih dianggap menyokong sebab kata
undang undang Malaysia tentang homosexual sudah lapuk.

Memakan masa 5 jam? Untuk apa? Untuk menuduh atau meminta penjelasan.
Diceritakan pula tentang sekolah pondok Acheh. Wolfowitz bantah bantu
sekolah pondok Acheh, tetapi Anwar bantar sekeras kerasnya. Jadi Anwar
ini kawan baik Wolfowitz kah atau musuh dia? Kenapa mahu
mempertahankan sekolah ugama diAceh daripada seorang Yahudi???
Mentang mentang dia seorang Yahudi, dia dianggap sebagai binatang.
Orang Yahudi pun boleh memeluk ugama Islam, kamu tahukah? Kalau dia
beranggapan salah, kita betulkah lah dia. Lebih baik jadi kawan dari
jadi musuh tetapi tidak lah kita boleh tunduk kepada kemahuaannya yang
bertentangan dengan keadilan sejagat.


Anwar pernah siasat Dr Yusof Al Qaradawi, 5 jam – Azmin Ali
Published by AIDC on August 5, 2010 | 0 Comment

AGENDADAILY :Bagaimana dengan prasangka orang terhadap motif sebenar
Datuk Seri Anwar.Misalnya ada yang curiga terhadap hubungan akrabnya
dengan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Paul Wolfowitz yang
merupakan bakal CEO Bank Dunia?

AZMIN :Soal pandangan serong dan curiga tentang motif tu…itu tafsiran
dan pandangan masing-masing.Pokoknya kalau kita dapat berhujah dan
meyakinkan mereka..banyak masalah boleh selesai.


DSAI tidak bertemu dengan apa yang didakwa oleh kumpulan yang saya
kira desperate itu
…beliau bertemu dengan ulamak-ulamak besar.Misalnya beliau berada di
Qatar dan mengambil masa lima jam bertemu dan berbincang dengan Dr
Yusof Qardawi.

DSAI tidak bertemu dengan apa yang didakwa oleh kumpulan yang saya
kira desperate itu …beliau bertemu dengan ulamak-ulamak besar.Misalnya
beliau berada di Qatar dan mengambil masa lima jam bertemu dan
berbincang dengan Dr Yusof Qardawi.

Mengapa ini tidak jadi isu.Beliau juga bertemu dengan gerakan-gerakan
Islam di Eropah termasuk di London.Kenapa itu tidak jadi isu.Kenapa
harus fokus kepada satu dua individu sahaja?

Ini bermakna mereka yang main politik.Sepatutnya semua pertemuan DSAI
di luar negara itu didedahkan kepada umum supaya rakyat tengok beliau
bertemu pemimpin Barat dan juga Islam.Biar rakyat tahu apa
perbincangan yang berlangsung.

Memang Wolfowitz seorang yang dilihat sebagai keras dan angkuh…saya
tidak menafikan.DSAI juga mengakui..tetapi sekurang-kurangnya beliau
bersedia mengambil sikap terbuka untuk duduk dan berbincang dengan
DSAI.

Sebagai contoh.. pimpinan di Washington DC telah menyenaraihitamkan Dr
Yusof Qardawi…ulamak besar hari ini..yang diterima oleh majoriti umat
Islam.

Washington menyenaraihitam beliau semata-mata kerana beliau didakwa
pernah buat kenyataan boleh di bunuh orang awam Amerika
Syarikat..halal darah mereka.

Tetapi dalam pertemuan selama lima jam dengan Dr Yusof Qardawi …DSAI
mohon penjelasan betulkah beliau pernah mengeluarkan kenyataan seperti
itu… Dr Yusof Qardawi menafikan sekeras-kerasnya.

Anwar guna kesempatan dengan Wolfowitz…dan saya sendiri ada dalam
pertemuan itu, untuk jelaskan tanggapan terhadap tokoh besar Islam itu
tidak betul.

DSAI minta agar Washington betulkan persepsi ini.Makanya tanpa dialog
dengan Wolfowitz apakah kita mampu selesaikan masalah itu…sebab mereka
kuasa besar.Ini peranan DSAI.Satu lagi soal Tsunami di
Aceh..pendekatan yang diambil oleh Amerika ialah untuk membantu
pembangunan di Aceh tetapi mereka tidak mahu membantu sekolah-sekolah
yang ada unsur agama.

Inj juga DSAI bantah keras dalam pertemuan dengan Wolfowitz.DSAI
bagitau 90 peratus sekolah-sekolah di Aceh adalah sekolah-sekolah
agama pesantren,sekolah pondok…kalau kamu ambil sikap menyisihkan
mereka..makanya kamu bantu 10 peratus dan menafikan 90 peratus.

Kamu tidak boleh salahkan 90 peratus ini kalau mereka ambil dari
sumber lain yang ekstrim kerana mereka dalam keadaan terdesak akan
terima apa jua bantuan.

DSAI kata you kena engage dengan semua sekolah-sekolah di Aceh
termasuk sekolah-sekolah agama walaupun kamu tidak mahu dikaitkan
secara khusus dengan agama..sekurang-kurangnya kamu bantu dari segi
prasarana.

Ini makna melalui hubungan baik dengan Wolfowitz kita boleh berdebat
dan berhujah dengan jiwa yang merdeka.Kita tidak mahu hubungan yang
baik itu… kita tunduk kepada mereka.

Salah satu isu yang DSAI cakap kepada Wolfowitz..ialah menyatakan
pendirianya dan mendesak sementara Amerika minta tentera Syria keluar
dari Lebanon…DSAI kata saya setuju…tetapi kamu juga mesti keluar dari
bumi Iraq..mesti keluar dari Palestin…jangan double standard.

Saya harap soal pertemuan dengan Wolfowitz ini tidak jadi perkakas
politik oleh orang-orang yang desperate seperti Dr Chandra
Muzaffar..Ini orang yang sudah tidak relevan lagi…dia tidak tahu
senario politik.

Kami bertemu dengan tokoh-tokoh Amerika…kami datang dengan jiwa
merdeka..maknanya kami mampu berhujah dengan mereka.Ini saya saksi
sendiri.

No comments: