Monday 21 March 2011

The real Sultan of Sulu is actually in Sabah not Philippines

The Filipinoes like to claim that the last recognised Sultan of Sulu,
Jamalul Kiram II, although have many wives, do not leave any children,
and that he was poisoned. It does not make any sense at all.

The story mentioned here is more convincing. The children had been
sent away to a safe place just before Sulu was handed over to the US.
the safest place was to Sabah, that was administered by United
Kingdom, but leased from the Sultan of Sulu.

Even Filipinoes admit that the Sultan claimants in the Philippines are
not the true descendents of the last Sultan, claiming that the last
valid Sultan was poisoned and had no children.

http://keturunantajulmuluk.blogspot.com/

Ruang untuk memaparkan fakta yang tersembunyi selama ini..
Wednesday, February 2, 2011
ULASAN RINGKAS

" Ucapan ringkas!!!!"

"Bismillahirrahmannirrahim,wassalatu wassalamu asrafil ambiaie
walmursalin,
Walaa alie Washobbihi azmain."
"Assalamualaikum warahmatullahi taala hiwalbarakatuh,dan salam
sejahtera."
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada
saudara-saudara tausug ,bajau,suluk,kadazan,dusun,dan lain-
lain,dimanapun jua berada,kami juga merasa gambira kerana saudara-
saudara tausug telah ramai di sabah, dengan itu,marilah kita sama-sama
berdoa,semoga kita dilimpahkan rahmat dan hidayahnya,di beri petunjuk
ke arah jalan yang benar,
"Selamat Tahun Baru!!!"
Kepada saudara-saudaraku,jangan lupa,bangsa kita takkan hilang di
dunia,dan jangan lupa,bahawa tiada sesiapapun yang dapat mengubah
nasib sesuatu kaum itu,melainkan ia mengubah nasib dirinya sendiri.dan
tiada sesiapapun bangsa yang maju kecuali sesuatu bangsa itu
bersatu.oleh itu kepada saudara-saudaraku marilah kita bersatu
meletakkan visi dan misi, untuk mewujudkan satu bangsa itu
bersatu,maju dan mardeka.
Dengan megikuti langkah-langkah seperti berikut;

1.pertama, tegakkan syiar islam walaupun dimana anda berada.
2.kedua. carilah ilmu dimana sahaja,kerana ilmu itu adalah pedoman
hidup.
3.ketiga, kalau di sabah,malaysia,dapatkan hak kewarganegaraan.
4.keempat,Carilah nafkah demi kehidupan,berniagalah ikut peraturan.
5.kelima,Jika anda sebagai warganegara,bersatulah dalam mana-mana
kumpulan samada dalam keluarga,parti politik,atau mana sahaja .
6.keenam di Malaysia ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen.
7.ketujuh;,Berusahalah juga untuk memastikan kemardekaan di sulu.
8.Kelapan;.soal di Sabah pula biarkanlah ia seperti sekarang ini,sebab
kita hidup di sini ,soal pewaris-pewaris kesultanan sulu,janganlah
memikirkan yang lain-lain kerana ia telah termaktub dalam perlembagaan
Malaysia,bahawa, bagi negeri-negeri yang tiada beraja ia akan di
duduki oleh Yang dipertuan negeri.dan negeri Sabah tidak dimaklumkan
kerana pemilik negeri Sabah Sultan Hj.Mohd.Jamalul Kiram ll,mangkat
sebelum wujudnya negara Malaysia,walaupun anak-anaknya ada disini
tetapi tidak di maklumkan, lagipun TYT ini adalah urusan politik,sebab
biasanya selepas menjadi YB,mahu lagi menjadi TYT,entahlah sehingga
bila mereka puas memegang jawatan.cuma yang ruginya TYT tidak layak
menduduki kerusi Yang Dipertuan Agong,yang sepatutnya diberikan kepada
orang yang layak sebab itu kita nasihatkanJanganlah berfikir apa-apa
tentang ini di negeri sabah.apa yang penting bersatulah dimana-mana
cawangan parti politik,dan kalau kita pemimpin politik terutama
menjadi ketua menteri, barulah kita boleh menentukan ,memaklumkan dan
mencadangkan kepada kerajaan persekutuan.
9.kesembilan; bilamana ada pungutan suara tentang kedudukan negeri
sabah,tuan,tuan perlu berfikir, samada setuju atau tidak adakah negeri
sabah ini diberi secara percuma atau tidak.maka tuan mesti menjawab
tidak sebab tanah negeri sabah ini adalah tanah hak dan kepunyaan
nenek moyang kita.
10.kesepuluh;kepada saudara-saudara kita,Datu Omar,Sultan Ismail Dalus
Kiram,Datu Raja Muda Agbimuddin Ibni Sultan Punjungan Kiram,Sultan
Muhammad Fuad Abdullah Kiram,Rodinood julaspi Kiram,Raja Bungsu ll dan
lain-lain,dimaklumkan supaya jangan sekali-kali menyerahkan negeri
Sabah ini kepada sesiapa !
dan seharusnya kita berjumpa
untuk membincangkan hal-ehwal negeri sabah ini, dan kepada tuan-tuan
dan puan-puan sekalian seharusnya berjumpa dan berbincang bersama.
11.Kesebelas; kepada Sultan Mohammad Fuad Abdullah Kiram,Rodinood
julaspi Kiram harap dapat membuka laman web.kita ini dan dapat
menghubingi kita melalui telefon yang tertera disini.
12.Ke duabelas; kepada saudara-saudaraku tausug dimanapun jua
berada,terlebuh dahulu kami mohon maaf kerana tidak timbul selama
ini,dan sudah 75 tahun kemangkatan almarhum Datu kami,Datu Jahaba Bin
Muluk Mandarasa.yang bergelar
Sultan Hj.Muhammad Jamalul Kiram ll,di kg.Pantau-Pantau Pulau Bum-Bum
Semporna,Sabah.
dan kepada sesiapa yang hendak menziarahi makam baginda boleh
datang,samada terus ke Pulau itu atau hubungi kami di telefon yang
tertera.
"Dan yang akhir sekali saya ingin mengakhiri ucapan ini dahulu,
Sekian wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi
wal barakatuh.!!!
"selamat tahun baru semua semoga kita berjumpa lagi di lain lebaran.!"

DATU ABDUL MAID HAMZAH.
Pengerusi Pewaris Sultan Tajul Muluk.
(Sultan Hj.Muhammad Jamalul Kiram ll,ibni al-marhum Sultan Jamalul
Alam@ Azam.)
01 januari 2011.

BERIKUT ADALAH SALASILA KETURUNAN KAMI.
|
MULUK MANDARASA
( Sultan Jamalul Alam @ Azam . Sultan sulu & Borneo.1863-1881.)
|
SULTAN BADARUDDIN II. 1881-1884.
Dayang-Dayang Hjh.Piandao
|

JAHABA BIN MULUK MANDARASA
Sultan Ombong
(Sultan Jamalul Kiram ll.Sultan Sulu & North Borneo 1884-1936.)
|
Anak angkat bernama : Jul Asbi.
Anak jul Asbi ialah; Sultan Ronirood Julasbi Kiram ll.
|
Anak Sebenar Sultan Jamalul Kiram ll.
ialah ;
Cucu-Cucu Sultan Tajul Muluk Yang Hilang jam 12.00 tengah malam
pada masa dahulu. Mereka melarikan diri ke north borneo.ke kg.Pantau-
Pantau
Pulau Bum-Bum Semporna Sabah.

Tiga lelaki,tiga perempuan mereka ialah
1. LAJA 2. JUANI. 3. MAMBANG . 4. LUBAINI. 5. JUMDAINI. 6. BULAINI


Anak-Anak Datu Panglima Laja
ialah;
Tuau ( Datu Mamansa )
Datu Sambutu
Dg.Hjh.Makagila.
Dg.Habilliah.
Gapul.

Anak-Anak Datu Panglima Juani
Ialah ;
Datu Jalmaani
Datu Ajah
Dg.Nurisam.( Si Malanu)
Dg.Maruraini.
Hamzani.

Anak-Anak Datu Panglima Mambang.
Ialah ;
Datu Kiang
Datu Nuljan
Datu Jalman
Datu Jamlang
Datu Abd.Sarang
Datu Unding
Dg.Hjh.Nafsah.
Dg.Hjh Karijah.
Dg.Hjh.Sitti Raimahana.

Anak-Anak Dayang Lubaini'
Ialah ;
Immang.
Pompong.
Dg.Noraini

Anak-Anak Dayang Jumdaini
Ialah ;
Polis ( Datu Pula)
Majurani ( Kaddo )
Dg.Entah.
Dg.Insiaini.

Anak-Anak Dayang Bulaini
Ialah ;
Mamangku { Datu Rainasal)
Kalumpang
Karatala
Dg.Saddapaini
Dg.Laburaini
Dg.Bunga Aini
DG.Bunga Saini.

posted by Kesah Keturunan Tajul Muluk @ 1:06 AM 0 Comments Links to
this post
Sunday, June 6, 2010
seterusnya

kedudukan Sultan Tajul Muluk sebenarnya agak mengelirukan sebab ia
adalah gelaran kepada dua orang sultan. cucu-cucu Tajul Muluk yang
hilang sebenarnya adalah juga anak Tajul Muluk.
Bapa bernama Muluk Mandarasa dan anak bernama Jahaba atau Ombong.
Muluk Mandarasa bergelar Sultan Jamalul Alam @ Azam. dan Jahaba
bergelar Sultan Jamalul Kiram II.maka sepatutnya gelaran Sultan Tajul
Muluk diberi pada ayah tetapi oleh sebab anak paling lama duduk
ditakhta iaitu selama 52 tahun maka baginda di gelar Sultan Tajul
Muluk. sebab itu Sultan Tajul Muluk adalah nick name atau bayangan
bagi Sultan Jamalul Kiram II.baginda ada anak iaitu cucu-cucu sultan
Tajul Muluk yang hilang itu adalah anak-anak Sultan Jamalul Kiram
II.maka keturunannya lah yang paling layak menduduki takhta kesultanan
samada di Sulu atau di negeri Sabah.
Tajul Muluk mengikut kajian pada masa dahulu sebenarnya bukanlah
sultan beliau hanyalah setiausaha di istana atau mengikut adat sulu di
rumah bicara( he is a screatery to the sultanate)
beliau adalah menantu sultan,oleh sebab beliau adalah menantu sultan
Muhammad Pognay Pulalun dan cucu daripada sultan sakirullah
( keturunan sultan juga ) maka beliau akhirnya menjadi sultan juga.

posted by Kesah Keturunan Tajul Muluk @ 8:56 AM 0 Comments Links to
this post
Saturday, August 29, 2009


Sinopsis.

1.Sultan Jamalul Kiram ll duduk di takhta Kesultanan Sulu ke 31 dari
tahun 1884 hingga 1936 (52 Tahun).

2.Tahun 1903 memajakkan negeri Sabah kepada Oven dan Back Syarikat
Berpiagam Inggeris North Borneo dari Pulau Si Amil hingga ke atas.

3.Tahun 1918 Membantu Kesultanan Brunei di pulau Chalamian Filipina.

4.Tahun 1920 jam 12.00 tengah malam anak-anaknya hilang. Enam orang
anak-anak Datu Jahaba @ Sultan Embong (Jamalul Kiram ll) iaitu cucu-
cucu Baginda Sultan Tajul Muluk yang hilang pada detik jam 12.00
tengah malam mereka melarikan diri dari Sulu ke North Borneo.

5.Tahun 1924 menyerahkan kuasa Kesultanan Sulu kepada U.S (The Last
Political Power).
6.Tahun 1936 memperbaharui pemajakkan negeri Sabah sekali lagi.

7. Sultan Embong (Jamalul kiram ll datang mencari dan memastikan
mereka selamat menjalani kehidupan di borneo di Kg.Pantau-Pantau
Semporna kemudian pulang ke Sulu.Sultan Embong datang ke Borneo semula
untuk mengambil anak-anaknya tetapi mereka belum mahu balik
lagi.Akhirnya Baginda Sultan Embong menetap di K.gPantau-Pantau pulau
Bum-Bum Semporna buat beberapa ketika lamanya.

8.Kerajaan Filipina masih mencari Sultan Embong @ Sultan Jamalul Kiram
ll kemana perginya sebab beliau masih Sultan di Sulu.Inilah Sultan
yang hilang sebenarnya.Oleh kerana takhta Sultan Sulu telah kosong
maka barulah saudaranya yang keturunan Muwalil Wasit Kiram mengambil
alih takhta Kesultanan Sulu sehingga kini.Keturunan Muwalil Wasit
Kiram sebenarnya adalah saudaranya dan terdapat pertindihan tahun hak
dan kuasa Sultan Embong (Jamalul Kiram ll) berada di North Borneo
Muwalil Wasit sudah duduk di takhta Kesultanan Sulu tetapi akhirnya
setelah enam bulan baginda menduduki takhta beliau mangkat dahulu dari
saudaranya Sultan Jamalul Kiram ll.

9.Pada 06/06/1936 baginda mangkat di Tong Si Ambo-Ambo di Kg.Pantau-
Pantau Pulau Bum-Bum Semporna.Setelah kembalinya dari pelayaran
baginda sakit/demam selesema selepas itu ada orang menghantar ubat
kepadanya dan selepas tiga hari kemudian baginda mangkat jam 4.00
waktu petang pada 06/06/1936 tetapi dimakamkan pada keesokan harinya
07/06/1936.Mangkat di hadapan anak-anaknya Dayang Lubaini,Dayang
Jumdaini,Dayang Bulaini,ketiga-tiga anak perempuannya ini meratap dan
menangis tidak dapat menahan kesedihan atas pemergian ayahanda
mereka.Kemudian disusuli oleh anak-anak lelakinya Datu Panglima
Laja,Datu Panglima Juani dan Datu Panglima Mambang datang untuk
menguruskannya.(sebab itu maklumat bahawa Sultan Hj.Muhammad Jamalul
Kiram ll mangkat kerana racun,dan tidak ada anak adalah tidak
benar,yang benar ialah baginda ada anak).

10.Apapun kisahnya tertutup oleh perang dunia ke 2.Setelah kehilangan
anak-anaknya baginda di lapor tidak ada anak,mandul,tidak ada
zuriat,tetapi banyak isteri-isteri, dan mati kerana racun.Beberapa
kali dinyatakan bahawa fakta ini tidak benar ia adalah satu
penyelewengan oleh kumpulan yang tidak bertanggungjawab,ada juga
maklumat mengatakan bahawa "tidak ada isu berkenaan anak-anaknya
sehingga tahun 1936.("no issue about male until 1936") sebab keluarga
ini tidak tampil kehadapan untuk memaklumkan kerajaan atau masyarakat
di rantau ini.

11.Datu Panglima Laja dan adik-adiknya serta cucu-cucunya hendak
pulang ke Sulu untuk menduduki takhta bagi menggantikan almarhum
ayahanda mereka,tetapi tak dapat atas sebab-sebab perang Jepun
bermula.

12.Setelah tamat Perang Jepun (perang dunia ke dua) mereka hendak
pulang ke Sulu tetapi tak dapat juga kerana Malaysia merdeka.Tun
Mustapha menasihatkan mereka supaya mendaftar menjadi rakyat Malaysia.

13.Semasa pemerintahan USNO Tun Mustapha pernah menawarkan Datu
Panglima Laja untuk duduk di Istana (Kota Kinabalu) tetapi beliau
menolak kerana beliau telah uzur dan sudah tua.Beliau minta Datu Juani
adiknya untuk pergi duduk di Istana tetapi juga menolak.

14.Sehingga sekarang anak-anak,cucu-cucu,cicit-cicit,cucut-cucut semua
keturunan ini masih menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa di
Malaysia iaitu di Semporna,Tawau,dan lain-lain daerah di Sabah.

15.Sebenarnya antara kumpulan yang masing-masing menuntut hak ke atas
samada takhta atau hak kesultanan sulu kumpulan inilah,cuma selama ini
mereka mendiamkan diri dan di fahamkan sudah ramai yang tidak berminat
lagipun mereka telah menjadi rakyat Malaysia dan lebih suka menjalani
kehidupan sebagai rakyat biasa.Namun atas kesedaran dan rasa
tanggungjawab pada kerajaan dan keturunan ini maka kini baru timbul
semula setelah 70 tahun lebih mereka mendiamkan diri.Sepatutnya
kumpulan ini yang menerima bayaran tahunan pemajakkan negeri Sabah
sebab Datuk nenek mereka yang menandatangani pemajakkan/penyerahan
negeri sabah dan sehingga kinipun tidak ada yang layak menuntut samada
aset,harta-benda di luar negara kecuali keturunan ini.

16.Dinyatakan disini bahawa kemungkinan berlaku konspirasi dalam
keluarga ini pada masa dahulu sehingga apabila kehilangan cucu-cucu
Sultan Tajul Muluk pada tahun 1920an baginda di laporkan tidak
mempunyai anak,mandul,tiada zuriat,tidak ada spring dan
sebagainya,cucu-cucu Tajul Muluk yang hilang adalah anak-anak Jamalul
Kiram ll inilah keturunannya.Mereka menganggap cucu-cucu yang hilang
itu sudah mati ketika itu dan tidak ada juga yang menuntut,maka sebab
itulah baginda di lapor tidak ada anak.

Pesanan Datuk Kami ialah :
Pertama. "Kamu ingat nombor 3 atau 03 atau 1903 kerana nombor mudah di
ingat berbanding perkataan,Pada tahun 1903 "saya ada kisah tentang
North Borneo dan itulah nama saya sebenar dan sayalah paling lama
duduk di takhta" salinan kertas yang ada di simpan dalam sepotong
batang bambu oleh almarhum Nenek Datu Panglima Laja,bila kita semak
pada tahun 1903 ini ialah pemajakkan negeri Sabah pada Oven dan Back
dengan bayaran Rm 3000 setahun dari Pulau si Amil hingga ke
atas.Mengatakan itulah namanya sebenar sebab beliau merahsiakan
namanya yang di tahu namanya dalam keluarga ini ialah nenek Jahaba
atau Zahaba atau nenek Ombong atau mereka panggil Sultan Ombong/Embong
kerana Sultan ini lahir di Maembong Sulu.Nama sebenarnya ialah Sultan
Hj.Muhammad Jamalul Kiram ll.Kalau kita buat penyelidikan tentang
makamnya di Kg.Pantau-Pantau Pulau Bum-Bum Semporna,kita tanya orang
tua-tua yang masih ingat,makam siapakah di Kg.Pantau-Pantau itu? di
sebelah kampung-kampung Bum-bum,Gusung Malanta mengatakan makam Tajul
Muluk dan disebelah Kg.Hampalan,Sulabayan dan lain-lain 80% mengatakan
makam Jamalul Kiram ll itu jawapan mereka.

Mengenai Tajul Muluk siapa sebenarnya? tidak ada dalam list Kesultanan
Sulu.Ia sebenarnya hanyalah nama gelaran sepatutnya pada ayahnya sebab
namanya Muluk Mandarasa yang bergelar Sultan Jamalul Alam@Azam.Tetapi
gelaran ini jatuh kepada anaknya kerana ia paling lama duduk ditakhta
iaitu Tajul Muluk adalah bayangan/gelaran atau nickname bagi Sultan
Jamalul Kiram ll sebab itu Jamalul Kiram ll ada anak,cucu-cucu Tajul
Muluk yang hilang adalah anak-anaknya.Bagaimanapun orang sabotaj
tetapi oleh sebab beliau ada nama lain maka terbukti adalah sah bahawa
baginda ada anak,cuma tidak timbul memaklumkan/memberitahu kerajaan
dan masyarakat takutkan di bunuh sebab keturunan ini kononnya cuba di
hapuskan kesemuanya,bagaimanapun Tuhan itu adil dan senantiasa
melindungi umatnya dan akan menunjukkan kebenaran.

JAHABA BIN MULUK MANDARASA
( Sultan Embong @ Sultan Hj.Muhammad Jamalul Kiram ll. 1936 )

http://us.mc1119.mail.yahoo.com/mc/welcome?.gx=0&.tm=1251598673&.rand=036suvil185jn

Oleh Sultan Hj.Muhammad Jamalul Kiram ll. (Mangkat Di Kg.Pantau-Pantau
Pulau Bum-Bum Semporna 1936.)


Kedua : "Tok jangan kamu lupa,
Lahat itu lahat be!".Terjemahan bahasa melayu:"Kepada anak-anak
keturunanku,jangan lupa (lahat) tempat ini atau negeri ini
Tempat kamu"..

Pesanan ini Oleh :-
Datu Panglima Juani (Mangkat di Kebun Bunga,Semporna 1976).
Datu Panglima Mambang (Mangkat di Tarapuli Semporna 1987).
Datu Jalmaani Bin Datu Panglima Juani (Mangkat di Pulau Sebatik Tawau
12.02.2007)
Datu Majurani (Mangkat di Tawau 18.12.2006)
Datu Sambutu Datu Panglima Laja (Mangkat di Look Tulayan Sulu 1983)

Apabila kami semak dalam beberapa maklumat
1. Bahawa Sultan Hj.Muhammad Jamalul Kiram ll Mangkat pada tahun 1936
kerana racun,tidak ada anak,tidak ada zuriat.
2. "No issue about male until 1936"
Fakta–fakta ini adalah tidak benar ,yang benar ialah Sultan
Hj.Muhammad Jamalul Kiram ll ada anak iaitu cucu-cucu Sultan Tajul
Muluk yang hilang adalah anak-anaknya.Maka itu kami timbul sekarang
ini adalah untuk menjawab dua isu di atas.

No comments: