Monday 11 February 2019

Rayuan untuk Pertahankan Hak Cipta Malaysia


Tun Dr. Mahathir,
Perdana Menteri Malaysia
11 Feb 2019
Per: Rayuan untuk Pertahankan Hak Cipta Malaysia
Saya telah memberi cadangan kepada Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Undang undang supaya menggubal undang undang hak cipta supaya mempercepatkan prosess kelulusan ciptaan tempatan melalui Ruj: BPA.600-1/10/2018/PCB.241080 bertarikh: 30/10/2018.
Mohd Suffian Bin Mohd Kasim b.p. Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri telah menyatakan “2. Pihak kami seterusnya ingin memaklumkan bahawa kes ini diklasifikasikan sebagai selesai kerana ia membabitkan cadangan dan bukan aduan terhadap perkhidmatan pihak Tuan.”
Namun sehingga kini tiada tindak balas balas tentang paten paten saya yang telah difailkan di MYIPO walaupun sudah lebih 5 tahun. Semua maklumat tentang masaalah yang saya hadapi ada di tulis didalam aduan tersebut.
Pegawai pegawai di Jabatan Perdana Menteri ini tidak mahir dalam mempertahankan hak cipta negara sebab kurang rasa patriotik dan jiwa berjuang sebab takut terhadap kuasa besar, tapi saya yakin Tun Mahathir tidak, sebab Tun amat bersungguh sungguh untuk membawa Malaysia ketahap negara maju. Mempertahankan hakcipta Malaysia amat penting dalam menguatkan penguasaan teknologi kita, kunci sebenar pembangunan negara, bukan kekayaan saja. Teknologi dulu, kekayaan akan menyusul kemudian.
Dari rekod dan kenyataan Tun, Tun adalah seorang yang berani dan jujur untuk mempertahan keadilan dan maruah Malaysia. Kuasa besar ini bukan pun adil sepenuhnya seperti apa yang mereka buat dengan tindak tanduk Kerajaan Yahudi Israel. Sebenarnya begitu juga dengan hak cipta. Saya mempunyai bukti jelas bahawa mereka tidak adil dan berani membuat keputusan yang melanggar keadilan dan undang undang antarabangsa untuk hakcipta. Sila rujuk di web site saya: https://sites.google.com/view/patenting-issues/home.
Sudah lebih 5 tahun namun tidak ada jawapan manasabah tentang pemeriksaan paten paten saya. Di UKIPO (United Kingdom) saya mendapat komen seperti menyamakan paten saya yang jelas menggunakan “hard plate” dengan paten yang jelas pula bergantung kepada “soft cover”.Kenapa pula seorang pemerika paten boleh begitu bodoh sehingga menyamakan lembut dengan keras. Begitulah juga disemua keenam paten yang saya failkan. Salah satu pula menyamakan teknologi yang menggunakan satu shaft dan motor dengan teknologi 2 shaft dan 2 motor. Yang baiknya pula UKIPO memberi komen ini dalam 1 bulan sahaja.
MYIPO(Malaysia) adalah lagi teruk. Setelah 5 tahun baru membuat komen bahawa paten saya sama dengan teknologi yang menggunakan 2 shaft dan 2 motor juga. Komen ini lah yang menyebabkan saya membuat aduan kepada biru aduan Jabatan Perdana Menteri di tujukan kepada Menteri Undang Undang supaya menggubal undang undang hakcipta, pada 30/10/2018. Sekarang sudah lebih 3 bulan, belum lagi dapat balasan. Mungkin terpaksa menunggu 5 tahun lagi dengan alasan MYIPO tidak cukup kakitangan, apa lagi yang mahir.
Oleh sebab terlalu mahal, saya cuma memfailkan 3 paten sahaja di USPTO menggunakan micro-entiti. Walaupun murah, tetapi terhad kepada 4 paten sahaja, dan harganya sama dengan MYIPO. Paling murah adalah UKIPO (United Kingdom), bukan MYIPO (Malaysia). 2 paten telah dianggap sebagai abandon sebab saya konon lambat hantar balasan. Sebenarnya salah kira denda sahaja. Yang satu lagi, walaupun rayuan petition diluluskan sebab kelambatan balas adalah disebabkan tidak dapat surat dari USPTO, namun patent examiner telah tidak mengindahkan keputusan petition ini tanpa sebab, walaupun ini adalah pemfailan dari patent antarabangsa melalui WIPO(Dunia, di Geneva).
Yang satu lagi, jelas bahawa alasan alasan penolakan tidak berlandaskan garis panduan USPTO itu sendiri dan keputusan mahkamah Agung USA (US Supreme Court) dan juga paten paten yang lepas.
Dengan bukti bukti ketidak adilan pejabat pejabat paten di USA dan UK, boleh lah pegawai Tun menggubal undang undang hakcipta yang memberi keistimewaan kepada paten paten tempatan. Keistimewaan ini tidak bererti kita boleh langgar undang undang. Masih boleh ditentukan oleh Mahkamah di Malaysia, sama seperti di USA. Keputusan USPTO (USA) boleh di tolak oleh Mahkamah Agong USA seperti yang terjadi di kes KSR ini: https://www.uspto.gov/sites/default/files/documents/ksr_master11-18-2010.ppt
Senarai cadangan:
Saya cadangkan supaya MYIPO diberi masa 1 tahun selepas pemfailan, untuk memeriksa paten paten yang dianggap penting untuk negara dan mesti mebuat keputusan dalam masa itu juga. Jika ada bantahan, hujah hujah dari pencipta diberi keutamaan. MYIPO mesti membuktikan dengan tanpa syak (beyond reasonable doubt) bahawa paten paten tidak sah, bukan pencipta yang membuktikan.
Oleh sebab perubahan undang undang hakcipta ini memaksa MYIPO bertindak, jangan benarkan MYIPO untuk mendrafkannya atau membuat keputusan muktamad. Beri tugas penggubalan undang undang hakcipta ini kepada pehak industri melalui MIGHT (https://www.might.org.my/).
UKIPO ada provisi untuk mempercepatkan pemeriksaan paten kalau teknologi yang menjaga sekitar alam dan paten paten saya sebenarnya adalah untuk mejaga sekitar alam tapi saya tidak tahu cara untuk memohon mempercepatkannya.
Seperti yang Tun Mahatir maklum, untuk menjadi negara maju, Malaysia tidak boleh menjadi negara pertanian sahaja. Kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan untuk membangun PROTON tidak merugikan negara sebab ia pergi kepada jurutera dan pekerja industri otomotif negara. Perbelanjaan ini adalah lebih berguna dari perbelanjaan untuk penyelidikan universiti yang cuma menghasilkan graduan graduan sahaja.
Tindakan tindakan cepat dan tegas terhadap undang undang hakcipta perlu, sebab perindustrian motor ketiga “new national car project (NNCP)”. Paten paten saya ini adalah jenis yang disruptif jadi memerlukan perbelanjaan pembangunan yang banyak. Saya tidak sanggup memohon peruntukan dari kerajaan atau swasta kalau teknologi ini tidak di jaga dengan paten paten. Ia akan membazir duit rakyat sahaja. Ia akan senang ditiru sahaja sesudah pembangunan selesai.
Rakyat Malaysia umum nya, termasuk lah ramai pegawai di kementerian Tun, tidak yakin bahawa Malaysia mampu menghasilkan ciptaan bertaraf dunia. Walaupun tidak faham tentang tentang konsep konsep, sudah katakan ia tidak akan berjaya.
Yang perting, buat lah kajian menyeluruh dan periksa fakta dulu. Kalau betul, kenapa tidak boleh pula? Kita pula perlu memberi keutamaan kepada rakyat kita dahulu. Kalau tidak boleh buktikan paten paten saya salah, percayalah dengan kiraan saya, atau sesiapa sahaja rakyat yang mewakili Malaysia. Bukan pula mempercayaai negara maju sahaja, walaupun tidak faham konsep konsep mereka.
Sebagai contoh, negara Rwanda. Ia sekarang adalah negara yang pertama melarang pengimpotan plastik yang menyebabkan Rwanda bersih tanpa memerlukan perbelanjaan besar
https://ocean.org/articles/rwandas-plastic-bag-black-market/. Sekarang negara maju yang meniru Rwanda, seperti EU.
Demikian juga dengan teknologi drone. Rwanda sudah pun melaksanakan penghantaran menggunakan drone sejak 2016 lagi.
Kononnya tidak sah Rwanda punya teknologi, sebab hasil bukan dari Rwanda semuanya. Mana ada teknologi dihasilkan oleh satu negara. Tesla sendiri bergantung kepada pembekal dari seluruh dunia.
Adalah kereta Tesla bukan rekaan Elon Musk di USA? Mengarut sahaja, tetapi memang pandangan rakyat Malaysia yang masih lemah pengetahuan dan pemikiran mereka.
Yang benar,
Saya yang menjalankan amanah.

Ir.  Hj Othman bin Hj. Ahmad
Profesor Madya, Fakulti Kejuruteraaan,
Universiti Malaysia Sabah
Tel: 0178980858 , email: othman58@ums.edu.my

No comments: