Friday 12 August 2011

BN melarang pembesar suara diMasjid di Pulau Pinang

JAHEIPP ini adalah kerajaan pusat, bererti BN. Bukan kerajaan negeri.
Bererti UMNOlah yang melarang, bukan PR.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Larangpembesarsuarawaktusubuh/Article/

Larang pembesar suara waktu subuh
Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bharian.com.my
2011/08/12
PENGERUSI Kariah Masjid Padang Menora, Hamir Mahamud menunjukkan
pekeliling JHEAIPP melarang bacaan al-Quran dengan menggunakan
pembesar suara daripada masjid dan surau ketika ditemui di Padang
Menora Tasek Gelugor, semalam.
PENGERUSI Kariah Masjid Padang Menora, Hamir Mahamud menunjukkan
pekeliling JHEAIPP melarang bacaan al-Quran dengan menggunakan
pembesar suara daripada masjid dan surau ketika ditemui di Padang
Menora Tasek Gelugor, semalam.
Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang putuskan amalan bertentangan
hukum syarak

TASEK GELUGOR: Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP)
mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan
al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu
bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di
dalam dan luar masjid.
Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa
Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah
dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa
kariah masjid.

No comments: