http://oasisofheart.blogspot.com/2011/07/ulasan-situasi-sebenar-perhimpunan.html
Ulasan Situasi Sebenar Perhimpunan Bersih 2.0
atas keizinan tuan punya entry Solihin Zubir, aku copy paste semua ni
untuk bacaan umum. semua orang bercakap tentang Bersih 2.0 sejak
seminggu lalu. aku tak sokong sapa sapa. lantak hang la nak pakai
baju kuning ka merah ka biru ka. bukan niat nak berpolitik di sini
tapi sekadar nak berkongsi apa yang perlu diketahui oleh semua.
please, free your mind.
seperti yang dijanjikan semalam, aku akan buat sedikit ulasan dan
kesimpulan mengenai situasi sebenar perhimpunan Bersih 2.0 yang
diadakan 9 Julai semalam. Sebelum tu, aku nak terang dulu kepada
makhluk-makhluk yang hanya tahu condemn membabi buta tetapi tak tahu
langsung apa itu Bersih 2.0 dan tuntutan yang ingin dilakukan.
Apa itu BERSIH 2.0?
BERSIH adalah singkatan daripada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil.
BERSIH bukannya sebuah parti politik yang akan bertanding dalam
pilihanraya. BERSIH hanya ingin menuntut proses pilihanraya yang adil.
BERSIH merupakan badan bebas dan tidak mewakili mana-mana parti
politik. BERSIH tidak peduli siapa yang menang dalam pilihanraya,
asalkan ia dijalankan secara adil, saksama, telus dan menurut lunas
perlembagaan. Secara logiknya, orang yang berprinsip sepatutnya
menyokong 8 tuntutan tersebut, samada dari pihak parti pemerintah
mahupun di pihak parti pembangkang.
Kenapa Ambiga?
Ramai yang mempersoalkan kenapa Datuk Ambiga dipilih sebagai pengerusi
Bersih sedangkan dia pernah terlibat dengan isu murtad Lina Joy.
Sehingga ada yang mendesak Ambiga dilucutkan kerakyatan.
Nak tanya.. Adakah jika kita menyokong BERSIH, bermakna kita menyokong
akidah Ambiga? Iran menentang US. Adakah menyokong Iran bermakna kita
menyokong dasar syiah mereka yang sesat? Adakah kita menyokong kelab
bola sepak Manchester United bermaksud kita menyokong akidah player MU
yang kafir itu?
Kita hanya menyokong Ambiga menuntut pilihanraya adil. Jika orang
bukan Islam pun mahukan keadilan, adakah kita sebagai umat Islam hanya
mahu jadi tunggul dan rela dipijak serta ditindas pemerintah zalim?
Malu la sikit.
Kenapa perlu adakan perhimpunan untuk serah memorandum?
Memang boleh jika mahu terus menyerahkan memorandum kepada Sultan
secara individu. Tetapi, pasti akan ada pihak yang mengatakan itu
adalah tuntutan bermotifkan peribadi. Jika mengumpulkan rakyat dalam
satu perhimpunan dan perarakan menyerah memorandum tersebut, impaknya
lebih besar. Kebangkitan rakyat juga dapat dilihat sekaligus memberi
tekanan kepada pemerintah untuk melaksanakan tuntutan tersebut. Selain
itu dapat memberi amaran kepada orang ramai jika tidak mahu situasi
tersebut berulang, haruslah turut sama menyokong tuntutan BERSIH itu
agar dilaksanakan segera. Bukannya memaki hamun.
Perhimpunan aman menjadi huru-hara
Pada mulanya, perhimpunan BERSIH berjaya dijalankan dengan aman.
Rakyat berarak dengan penuh disiplin tinggi. Tidak ada kerosakan,
keganasan dan rusuhan yang berlaku seperti digembar-gembur media.
Tidak ada yang membaling objek atau batu, dan tidak ada siapa pun yang
mencetuskan provokasi. Akan tetapi, pencetus ketegangan dan huru-hara
yang sebenar adalah pihak polis dan FRU, bukannya rakyat. Ramai yang
ditangkap walaupun mereka belum berhimpun.
Apabila rakyat berjaya berhimpun secara aman dan hanya melaungkan
slogan, mereka ditembak dengan gas pemedih mata dan dimandikan dengan
water canon. Sekaligus membuatkan perhimpunan menjadi kucar kacir.
Semestinya mereka terpaksa lari mencari perlindungan. Kemudian, mereka
dikejar, ditangkap dan dipukul tanpa belas kasihan. Dan paling
menyedihkan, ada yang meninggal dunia akibat sesak nafas kerana bom
asap. Inilah punca sebenar keadaan menjadi tegang. Sedangkan kalau
dibiarkan, rusuhan tidak akan berlaku.
Walaupun Yang di-Pertuan Agong perkenan menerima memorandum tersebut,
tapi usaha itu dihalang oleh pihak berkuasa. Siapa yang derhaka pada
Sultan sebenarnya? Kasihan polis dan FRU yang terpaksa bertindak
mengikut arahan pemerintah zalim. Terima kasih kepada sebahagian polis
yang masih berhati perut.
Jalan Sesak / Peniaga Rugi Besar
Semua nak salahkan jalan sesak sebab BERSIH. Yang sebenarnya, jalan
sesak sebab polis buat roadblock, tutup jalan-jalan utama. Perjalanan
LRT juga dihalang. Sama juga dengan rungutan peniaga yang mengadu
mengalami kerugian. Kalau jalan tak ditutup, mesti hasil jualan
melambung dek puluhan ribu penyokong BERSIH yang lapar dan dahaga.
Adakah semua peserta demonstrasi membawa bekal nasi goreng? Sangat
tidak logik mahu mengatakan peniaga rugi besar disebabkan lautan
manusia memenuhi ibu kota. Pintu-pintu masjid pula dikunci sebab apa?
Hingga orang ramai terpaksa solat di merata-rata. Mujur bumi Allah itu
luas. Kewajipan tetap dilaksanakan.
Media Propaganda Putar Belit
Jika dilihat di berita TV3 suku dan akhbar pro-kerajaan, jumlah yang
dilaporkan menyertai perhimpunan tersebut hanya sekitar 5 ribu orang
sahaja. Tujuannya mahu membuktikan usaha kerajaan menghalang rakyat
menyertai perhimpunan tersebut membuahkan hasil. Pujian melambung
diberikan kepada pihak polis dan FRU yang kononnya dapat mengawal
keadaan dengan penuh etika.
Hakikatnya? Perhimpunan tersebut berjaya mengumpul lebih 50,000 rakyat
walaupun pelbagai sekatan, rancangan dan fitnah menggagalkannya
dilakukan. Sakitnya hati bila melihat liputan media propaganda dan
komen-komen pencacai yang sentiasa memutarbelit dan meracun fikiran
rakyat yang tidak mahu ambil tahu hal sebenar dan hanya menyokong
membabi buta. Sangat kasihan.
Semangat Juang Rakyat
BERSIH 2.0 berjaya dilaksanakan walaupun dihimpit dengan pelbagai
halangan termasuk rampasan baju-baju kuning, ugutan daripada pihak
polis dan dolak dalik pemerintah yang sekejap mahu beri permit,
sekejap tidak. Provokasi daripada Perkasa, Patriot dan Pertubuhan
Silat Lincah juga tidak melunturkan semangat. Sedangkan mereka-mereka
itu yang lantang bersuara kononnya mahu duduk di barisan hadapan untuk
menentang BERSIH, tapi langsung tidak kelihatan ketika hari
perhimpunan. Manakala Patriot pula hanya mampu mengumpul sekitar 300
orang sahaja. Itupun terpaksa berlindung di belakang FRU?
Dengan melihat gambar-gambar serta video perhimpunan tersebut, kita
mendapat gambaran bahawa rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran
benar-benar inginkan keadilan dan menyuarakan hak mereka di negara
demokrasi yang dinafikan rejim pemerintah.
No comments:
Post a Comment