by Othman Ahmad on Wednesday, 06 July 2011 at 16:11
Kalah menang bukan isiu. Yang penting kalau penipuan undi keterlaluan,
penyokong BN tidak dihargai lagi sebab tidak perlu lagi dengan begitu
ramai. Yang diperlukan cuma segelintir ganster saja, seperti yang
terjadi di Iraq, Libya, Algeria, Mesir dan Indonesia sebelum
reformasi. negara negara ini tidak aman dan tidak juga maju.
Penyokong BN pun rakyat juga. Kalau mereka kaya dan maju, majulah
rakyat. Kalau mereka pun diabaikan nanti, cuma segelintir gangster
UMNO sahaja yang diperlukan, rakyat akan jadi miskin.
Saya tetap dengan pendirian saya bahawa tidak ada rasuah dalam pilihan
raya, selagi ia masih lagi rahsia. Selagi ia rahsia, kerajaan tidak
boleh paksa pengundi tetapi terpaksa memujuk hati pengundi. Kalau dia
guna duit atau projek, tidak apalah. Yang dipertikaikan ialah harga
diri penyokong penyokong BN ini. Terlalu rendah nilainya. Sebab itulah
Sabah menjadi negeri yang termiskin di dunia. Namun, itu hak mereka,
untuk menilai harga diri masing masing.
Bayangkan kalau pengundi hantu terlalu ramai. Perlukah BN memujuk
rakyat atau penyokongnya dengan wang, janji projek dll? BN seperti
organisasi lain, mahu mengurangkan kos. Lebih murah membayar pengundi
hantu yang boleh mengundi beberapa kali dari yang boleh mengundi
sekali sahaja. Inilah yang dipertikaikan.
Yang akan rugi, adalah penyokong BN juga. Lama lama mereka tidak perlu
dilayan langsung.
No comments:
Post a Comment