Saya fikir apa tadi. Kalau doktor perlu menggunakan CT, MRI dan 6 jam
pemantauan, ini bererti serious lah ini.
Cuba bayangkan kecederaan yang akan terjadi kalau anda terkena peluru
gas pemedih mata, lalu tersungkur kejalan raya. Kalau ini bukan
percubaan membunuh, apa lagi.
Sila baca komen dalam blog ini. Semuanya mengancam untuk membunuh
Anwar. Konon sudah pasti bahawa Anwar bersalah? Kenapa pula perlu
dibunuh. Gunakanlah mahkamah. Tidak sabar lagi?
Mana dia tuntutan bahawa Anwar gila mahu jadi PM? Kalau mati boleh
jadi PM kah?
Bodoh betul.
http://empayar-pemuda.blogspot.com/2011/07/panas-18sg-cerita-paling-sadis-dalam.html
Nuffnang Ads
* Home
Saturday, July 9, 2011
PANAS 18SG : CERITA PALING SADIS DALAM PERHIMPUNAN BERSIH...
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)Datuk Seri Anwar Ibrahim yang
dimasukkan ke Hospital Pantai pada Sabtu disahkan berada dalam keadaan
sihat tanpa mengalami kecederaan serius.
Menurut anaknya Nurul Nuha, perkara itu disahkan doktor selepas ketua
pembangkang itu menjalani ujian pengimbas tomografi berkomputer (CT
scan) dan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).
"Bagaimanapun, doktor memerlukan enam jam lagi untuk memantau
keadaannya," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini.
Anwar dikatakan cedera semasa polis cuba meleraikan perhimpunan haram
di KL Sentral yang dihadiri beliau pada Sabtu bersama pengerusi
penganjur Datuk S. Ambiga dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
Awang.Ambiga dan Abdul Hadi ditahan polis tetapi dibebaskan kemudian. -
BERNAMA
**Confirm kecederaan Anwar ini memerlukan masa untuk sembuh.....dapat
tangguh kes liwatnya lagi...
No comments:
Post a Comment