Kalau kebebasan senjata Anwar, adalah ini bererti bahawa tidak ada
kebebasan diMalaysia dibawah UMNO sekarang?
Padahal jelas sekali dalam perlembagaan, undang undang, perjanjian
antara bangsa dan UN, kebebasan perlu dipertahankan.
Kenyataan Anwar memang benar. Walaupun negara Islam berpura pura
memberi kebebasan, namun pada hakikatnya mengharamkan kebebasan
sehingga melanggar semua undang undang dan perjanjian perjanjian.
Akhirnya negara Islam menjadi miskin dan durjana.
Contohnya, larangan bermain mercun. Kalau lah ia berkesan, lain
ceritalah, tetapi pada hakikatnya, makin banyak yang cedera. Yang
untung orang rasuah dan gengster sahaja. Yang rugi rakyat, bukan
sahaja dari segi wang tetapi dari segi pengetahuan dan keseronokan
hidup.
UMNO sahaja mahu seronok dengan wang banyak penuh dengan rasuah,
biarkan rakyat menjadi miskin dan tertindas. Tetapi janji kebebasan
berlambak lambak. Lain cakap lain yang dibuat.
Saya nasihati supaya UMNO jangan jadi bongka. Apa yang terjadi
diMesir, Libya dan sekarang Syria, akan terjadi diMalaysia juga. Saya
juga pernah berjumpa dengan askar yang tidak senang dengan gelagat
UMNO. Jangan anggap bahawa mentang mentang UMNO menubuhkan kerajaan,
semua anggota Polis dan Tentera akan menyokong semua tindakan UMNO.
http://www.anwaraidc.com/?p=26686
Ideologi Kebebasan – Senjata Terakhir Anwar
Published by AIDC on August 7, 2012 | 9 Comments
AIDCNews – 7/08/12 – Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyiarkan
artikel bertajuk "Tiada Kebebasan Punca Malapetaka Di Negara Islam" di
laman peribadinya, anwaribrahimblog.com.
Artikel salinan dari Malaysiakini.com itu merupakan laporan intipati
ucapan Anwar di kawasan parlimen anaknya, Lembah Pantai.
"Dengan memetik karya terbaru ulama tersohor Yusuf al-Qaradhawi
bertajuk 'Kebangkitan Rakyat' yang ditulis selepas kejatuhan regim
Hosni Mubarak , Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,
punca malapetaka di negara Islam adalah disebabkan oleh tiada
kebebasan diberikan kepada rakyatnya," lapor portal pro-Anwar itu yang
memberi dua maksud tersirat.
Pertama, seperti kebiasaannya, Anwar akan berselindung di sebalik
tokoh-tokoh ulama besar seperti Dr Yusof Al Qaradawi ketika berhadapan
dengan masyarakat muslim dan berselindung di sebalik tokoh-tokoh
falsafah barat seperti John Locke ketika berhadapan dengan masyarakat
bukan Islam.
Kedua, agenda utama yang mahu disampaikan Anwar adalah tema kebebasan
yang menjadi intipati perjuangan PKR sejak mutakhir ini.
Tidak mengejutkan Anwar sekali lagi menggunakan nama Dr Yusof Al
Qaradawi kerana di Indonesia kumpulan Islam Liberal sering
berselindung dalam pembawaan agenda mereka di sebalik nama 'keluarga
Hassan Al Banna'.
"Nama 'al-Banna' memang banyak dikutip oleh kaum liberal untuk
menjustifikasi pendapatnya. Untuk membetulkan justifikasi fahaman
Pluralisme Agama, dalam bukunya, 'Islam dan Pluralisme', Jalaluddin
Rakhmat juga mengutip pendapat Jamal al-Banna,(tokoh Islam Liberal
Mesir) dengan menekankan, "Jamal al-Banna adalah aktivis Muslim,
anggota al-Ikhwan al-Muslimun. Kita mungkin menyebutnya fundamentalis
dan anti-Barat," kata Dr Adian Husaini pengkaji Islam Liberal
Indonesia.
Sila baca pandangan Dr Adian, "Islam Liberal bertopeng nama keluarga
Hassan Al Banna" dan bandingkan apa yang dilakukan Anwar di Malaysia
seperti dikupas GA, "Tanpa Qardawi…Tariq Ramadan pun Jadi…"
Agenda kebebasan merupakan senjata terakhir Anwar, namun ia tidak
begitu difahami oleh kebanyakan rakyat Malaysia, berbanding dengan
George Soros dari OSI (Open Society Institute) atau Carl Gershman dari
NED (National Endowment for Democracy).
Bahkan pada penaja-penaja yang didalangi Yahudi di Barat, agenda
kebebasan (freedom) dan hak asasi manusia (human rights) adalah
intipati utama dalam kerangka 'demokrasi' mereka di dunia Islam.
Supaya nampak lebih indah, Anwar bawakan agenda demokrasi barat itu
dengan jenama baru yang lebih berbau Islamik yang diistilahkannya
sebagai "Islam dan Demokrasi" (baca : Demokrasi Liberal).
Make up Islamik itu sengaja dibaluti terhadap batang tubuh 'demokrasi'
supaya tidak menakutkan umat Islam dan menyembunyikan agenda sebenar
yang berselindung di sebalik kata-kata Islamik itu.
Untuk pemahaman lanjut, sila baca; "Anwar, Islam & Demokrasi :
Ideologi & Dana" dan "Di sebalik Agenda 'Islam & Demokrasi' Anwar,
Azizah & Nurul Izzah".
Persoalan kedua, kecenderungan Anwar dan PKR memperguna nama Dr Yusof
Al Qaradawi pernah ditegur oleh pembaca harakahdaily, malah bekas
peguam Anwar sendiri YB Datuk Zulkifli Noordin pernah mendedahkan
bahawa ulama tersohor itu pernah diperdaya untuk kepentingan politik
Anwar.
"Dr Yusof Qardawi memberi pandangan supaya berhati-hati dengan Anwar
Ibrahim" kata SongkokPutih bekas ketua pengarang laman tertua pro-PAS,
Tranungkite.
Kenyataan Songkok Putih diperkukuhkan lagi dengan Azmin Ali yang
berkata Anwar pernah siasat Yusof selama 5 jam ketika Anwar menjadi
'wacth dog' Presiden Bush.
Ustaz Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS berkata fatwa
Yusof mengharamkan LGBT, ""Tidak boleh kita menyatakan sokongan kepada
mereka..tidak boleh makan bersama mereka..tidak boleh minum bersama
mereka…Ini pandangan Syeikh Yusof Al Qaradawi..kepada semualah yang
banyak merujuk kepada Syeikh Yusof Qadawi..saya harap baca kenyataan
ini..Jangan ambil pandangan Yusof Qaradawi atau ulama-ulama lain,
cetusan-cetusan tertentu, untuk mengiayakan, menjustifikasi perbuatan
kita sahaja, tetapi perkara yang menyentuh dasar-dasar Fiqh Islam itu
ditinggalkan begitu sahaja."
Kenapa masyarakat Islam tidak begitu memahami agenda sebenar yang mahu
dibawa Anwar ? Sebabnya cara pembawaan Anwar yang 'kabur' dan sering
berselindung di sebalik ayat Al Quran dan hadis Nabi serta nama tokoh-
tokoh ulama tersohor.
Sebenarnya, semua itu sekadar topeng untuk mengelirukan orang ramai.
Senator Ezam Mohd Nor pernah ditanya, "Antara Sheikh Yusuf Qardhawi
dengan Paul Wolfowitz, Anwar lebih baik dengan siapa ?, bekas orang
kanan Anwar itu menjawab, "Bagi saya, Anwar baik dengan semua. Baik
Wolfowitz dengan Qardhawi. Kalau nak kira rapat, dia lebih rapat
dengan Dato Nallakarupan". Baca selanjutnya sila klik di sini.
Namun, sikap tidak berterus terang Anwar ini juga menimbulkan masalah
pemahaman di kalangan ahli-ahli PKR sendiri, sehingga ke peringkat
terpaksa menggunakan pihak ketiga untuk menjelaskan hala tuju PKR.
"Pagi tadi, kita berdiri..kita menyanyikan lagu parti kita
(PKR)..kebebasan..kebebasan rakyat kita..kita ulang berkali-
kali..kebebasan..kebebasan..apa maksud kebebasan ?
"Adakah ia hanya satu perkataan..yang kita laungkan dengan
semudahnya..atau ia adalah satu perspektif yang perlu kita lihat..dari
semua segenap aspek untuk kita mencapai apakah itu kebebasan",kata
Fadiah Nadwa Fikri, wakil Lawyers for Liberty (LFL) memberi penerangan
kepada ahli-ahli PKR semasa Kongres PKR ke-8, di Johor.
Pada 14 April 2005, ketika Anwar berucap di Kelab Country Paradise,
Taman Melawati, Kuala Lumpur, beliau telah bersusaha membentuk hala
tuju baru PKR itu kepada para penyokongnya.
"Saya bukan orang pintar dan menganggap saya terlalu besar
peranannya..Saya hanya pekerja kecil, kebetulan diberikan kesempatan
dan kepercayaan, saya nak manfaatkannya.
"Saya sebutkan ini bukan untuk membanggakan diri..tetapi untuk
menyatakan..kita pejuang kebebasan dan keadilan tidak harus merasa
kecil..dunia yang berfikir tau siapa kita.
"Saya diiktiraf bukan kerana saya Anwar Ibrahim, kerana mereka tahu
saya mendokong cita-cita yang saudara-saudari dokong bersama,"katanya.
Ucapan di Kelab Country Paradise itu dibuat ketika Anwar pulang
bercuti dari Amerika Syarikat (AS).
Sepanjang berada di AS selama hampir 2 tahun, Anwar banyak terlibat
dalam aktiviti-aktiviti demokrasi yang didalangi kumpulan Yahudi AS.
Untuk mengetahui lebih lanjut apa yang dilakukan Anwar ketika di AS,
sila baca "Di Sebalik Status Anwar Sebagai 'Pengajar'", "Di Sebalik
Status Anwar Sebagai 'Pengajar' (2)" dan "Di Sebalik Status Anwar
Sebagai 'Pengajar' (3)"
Anwar juga turut meletakkan dirinya dalam kalangan kumpulan 'Mont
Pelerin Society,', iaitu satu kumpulan yang didalangi Yahudi untuk
membawa agenda liberal dan pasaran bebas di seluruh dunia.
Senjata ideologi ciptaan Mont Pelerin Society, itu dibawa Anwar ke
Malaysia untuk dijadikan agenda perjuangan Pakatan Rakyat dan senjata
terakhir untuk menawan Putrajaya.
Pemahaman lanjut, sila baca; "Awasi Senjata Terakhir Anwar", "Awasi
Senjata Terakhir Anwar II", "Awasi Senjata Terakhir Anwar III" dan
"Anwar Ibrahim Senjata Politik Neocon…"
Sunday, 26 August 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment