Sunday, 26 August 2012

Anwar tinggalkan Mercedes masuk FELDA?

Pelik juga. UMNO mahu Anwar bawa Mercedesnya masuk FELDA. Macamlah
jalan disana boleh menampung kereta besar macam Mercedes. Seolah olah
seorang pembangkang tidak boleh membawa kereta mewah. Saya juga hairan
bahawa ramai penyokong UMNO tidak tahu bahawa Anwar sewaktu pelajar
lagi memang sudah kaya. Bapa dia pada tahun 1970han adalah seorang MP
UMNO.

"Menurut seorang rakan di dalam PKR; Anwar terpaksa 'menangis, merayu
dan memujuk' sebelum mampu bertemu dengan ulama' besar itu. Yusof
Qaradawi katanya TIDAK MAHU berjumpa Anwar kerana statement-nya
menyokong Israel."

Tetapi pada hakikatnya, Qardawi berjumpa juga dengan Anwar, bukan.
Macamlah Qardawi ini budak budakan yang boleh dipujuk dengan tangisan.
BAhlul betul orang UMNO ini. Inilah ashik dengan fitnah, perkara bodoh
pun tidak dapat dilihat.

Tajuk artikle ini pula mengatakan bahawa Anwar menggelabah tentang isu
Palestin, tetapi fakta yang ditunjukkan pula mengatakan bahawa Qardawi
BERJUMPA DENGAN ANWAR.

Saya sendiri tidak tahu Qardawi berjumpa dengan Anwar tetapi pos ini
yang bagi tahu aku. Namun, rumusan dan tajuk langsung tidak masuk
akal. Lain fakta, lain pula rumusan. Apa lagi tajuk.

Apa yang UMNO sokong? Satu negeri sahaja di Palestin atau 2 negeri,
Palestin dan Israel? Anwar sokong 2 negeri sebab sekarang baru ada 1
negeri, iaitu Israel. UMNO mahu palestin ujud tanpa negerikah? Atau
mahu menghapuskan Israel dengan kekuatan tentera. Kalau UMNO ashik
mengapu USA dan Israel, bagaimana mahu Israel hapus. Bererti orang
UMNO ini TIDAK MAHU ADA PALESTIN UJUDLAH!!!!

Jahanam betul UMNO ini. Kejam betul terhadap rakyat Palestin yang
ditindas. Sanggup menidakkan kenegaraan Palestin, gara gara mahu
memfitnah Anwar.


http://www.anwaraidc.com/?p=22011

Isu Israel Buat Anwar Mengelabah..
Published by AIDC on February 21, 2012 | 41 Comments

GA – Ramai juga rakan-rakan aktivis lama reformasi yang mengikut
kunjungan DSAI ke kawasan Pekan kelmarin. Bukan sangat nak sokong
Anwar; tetapi nak tengok persediaan UMNO Pekan untuk mempertahan
kawasan daripada kemasukan Anwar.

Anwar pun bijak. Dia tinggal Mercedez kat stesen minyak; lepas tu naik
kapchai sama-sama dengan budak muda masuk ke FELDA. Orang pun tak
berapa perasan. Tiba-tiba Anwar dah sampai.

Bukan main juga orang FELDA puji Anwar. Jiwa rakyat. Sanggup bersusah
dengan rakyat. Sanggup naik motor masuk ke FELDA. Dia orang seronok.

Tapi, di kalangan aktivis reformasi perasan – Anwar tak macam biasa.
Fikiran Anwar nampak celaru. Habis semua gambar, buku yang Anwar
tunjuk konon dia masih diterima sebagai pemimpin Islam di dunia Arab.

Kita kena sama-sama baca tulisan Zabidi Yusoff dalam Malaysiakini:-

Oleh Zabidi Yusoff

Semasa saya menulis ini, Datuk Seri Anwar dan isteri sedang menjadi
tetamu kepada dua pemimpin Islam tersohor di dunia, Sheikh Yusuf Al-
Qardawi dan juga Khalid Mish'al di Doha, Qatar.

Sheikh Yusuf adalah ulamak terkemuka dan juga ulamak buat Ihwanul
Muslimin. Khalid Mish'al pula adalah pejuang dan pemimpin Hamas,
organisasi yang memerintah Gaza dan dilabel kontroversi kerana dicop
organisasi teroris olih Amerika dan Israel.

Tetapi, dengan taktik yang baru, di mana Khalid telah mula berlembut
dengan bersetuju akan 'resolusi 2 negara' (2 state solution), maka
kebarangkali usaha untuk mendapatkan keamanan di rantau itu adalah
amat besar.

Dalam tempoh seminggu sahaja, Anwar telah pun menemui pemimpin-
pemimpin dunia Islam dalam rangka mengiratkan persaudaraan seperti
Perdana Menter Recep Tayyip Erdogan dan kabinet beliau, Ketua Bank
Pembangunan Islam, Dr Ahmad Muhammad Ali, pendokong tegar Palestin,
Sheikh Abdul Qadir,warga negara Saudi, Imam Masjid di Mekah, pemimpin
masyarakat Islam setempat, Sheikh Kabbali, A Gafur Amin, Dr Umar
Jamjum dari Universiti King Abdul Aziz, Dr Abdul Hamid Sulayman,
Ulamak Sheikh Ahmad Muhammad Alawi Maliki, dan juga Secretary General
OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu.

Kita minta Zabidi perjelaskan, bahawa Syeikh Yusof al-Qaradawi pada
hakikatnya TIDAK MAHU berjumpa Anwar; tetapi Anwar terpaksa
menggunakan cara yang lebih memalukan dalam mendapatkan masa Syeikh
Yusof.

Menurut seorang rakan di dalam PKR; Anwar terpaksa 'menangis, merayu
dan memujuk' sebelum mampu bertemu dengan ulama' besar itu. Yusof
Qaradawi katanya TIDAK MAHU berjumpa Anwar kerana statement-nya
menyokong Israel.

Apakah benar kenyataan itu? Boleh kita minta Zabidi Yusoff berikan
cerita sebenar…

No comments: