Saturday, 3 February 2024

Responding to Posts in Forums

Dayus

 Memang cara ku membalas komen-komen orang terhadap pos ku. Aku akan kecam orang dengan perkataan yang jelas ertinya, seperti bodoh. Saya juga tidak tunduk kepada tuduhan yang tidak ada asas atau masuk akal, seperti menarik kenyataan saya apa lagi keluar dari forum.

Rupanya, semua tindakan ini semua nya berdasarkan hadis dan quran yang baru juga aku tahu tahun lalu.

Kalau kita ternampak kebodohan, kita mesti tegur sebab kalau tidak kita akan berdosa dayus, dalam hadis di sebut sebagai seseorang menyebar kejahatan ahli. Juga membantah walaupun dalam hati kalau tidak mampu, tapi itu bererti paling sedikit iman. Kalau mampu menulis, mesti balas dengan menulis lah, tidak boleh lah dalam hati sahaja, sebab itu jadi dayus.

Orang dayus tidak akan masuk syurga selama lama nya, sama lah dengan orang yang tiada iman kan.

Kalau kita mengalah, ertinya ikut kehendak orang bodoh itu, bererti kita mengaku salah lah. Seperti keluar dari forum. Berdosa dayus juga kita. Kita mesti pertahanan kebenaran. Kalah menang bukan urusan kita. Tugas kita cuma menerangkan dengan jelas.

Maaf

Lepas tu juga, orang bodoh itu minta maaf. Dulu aku biarkan sahaja tetapi dalam hati ku orang itu tidak boleh di percayai, bererti tiada maaf sudah, kecuali dia tidak sengaja. Selalunya, cepat cepat dia minta maaf dan tidak membalas dengan dosa fitnah pula. Ia itu menuduh tanpa akal atau sebarang asas.

Walaupun dalam hatiku memaafkan orang ada lah salah dan tidak masuk akal aku berdiam sahaja sebab terlalu banyak ustaz anjing berliur (istilah quran) yang mempesonakan ajaran Islam dengan mengatakan seolah olah kita boleh minta maaf atas segala dosa. Sampai menjadi budaya orang Malaysia untuk melambatkan naik haji supaya dosa boleh di ampunkan.

Saya naik haji awal awal lagi sebab saya sendiri tidak maafkan dosa yang sengaja aku buat, kalau ada lah. Aku mula dengan peribahasa Melayu, "buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali", sewaktu sekolah rendah lagi. Kalau tidak sengaja, kita cepat cepatlah memaafkan orang itu, kalau dia terima pembetulan kita lah. Kalau dia enggan, bererti dia sengaja, jadi kita tidak boleh maafkan dia selama lama nya. Bertaubat pun tidak boleh sebab, mesti di buat cepat cepat, bukan bertangguh tangguh.

Rupanya, ada ayat quran yang mengatakan bahawa dosa yang sengaja di buat tidak akan di maafkan. Hadis pun sokong kenyataan ini sebab beberapa dosa pun tidak boleh di maafkan selama lama nya.

Dalam hadis, ada 3 jenis orang berdosa yang tidak akan masuk syurga, 1. penagih dadah 2. dayus 3. penipu. Ada orang menyebut bahawa orang yang bangga dengan kebodohannya pun di larang masuk syurga tapi aku tidak dapat sebarang hadis menyokong nya.

Jadi, kalau Allah tidak akan maafkan dosa orang yang sengaja membuat dosa itu, boleh kah kita maafkan mereka? Tentu tidak boleh sebab kita melanggar perintah dan amalan Allah. Memang hati kita tidak tenteram mengenang dosa orang. Seorang Professor Arab yang selalu membaca Qur'an pun cakap begitu tetapi aku mengingatkan dia ayat quran itu. Namun, perintah Allah kita mesti patuhi. Mesti ada tujuan penting sebab banyak gejala jahat terjadi di negara-negara Islam sebab cepat memaafkan kesalahan orang, tidak seperti negara maju. Pada hal quran jelas tidak benar kan memaafkan kesalahan yang dibuat dengan sengaja.

No comments: