Saturday, 30 April 2022

Menaikkan Nilai Rupiah Lebih Baik Dari Pengharaman Ekspot

https://youtu.be/30dzN82YNvU

Tengok video di atas. Dia terangkan masaalah subsidi dengan mengharamkan ekspot kelapa sawit untuk mengawal harga minyak masak. Nampak macam bukan subsidi tapi sebenarnya subsidi juga. Cuma kerajaan tidak nampak dia belanja wang lebih, tapi kerugian wang eksport, rugi juga namanya.

Masaalahnya, kalau ekspot di haramkan, minyak berlebihan di tempatan jadi harga akan turun buat seketika. Yengok saja pekerja dan ladang kelapa sawit mengeluh. Harga buah turun tapi baja naik sebab di impot atau bahannya di impot.

Untuk mengurangkan kos, petani terpaksa mengurangkan penggunaan baja. Ertinya, buah akan berkurangan. Sudah kurang, lama lama naik balik harga minyak juga.

Jokowi tolong pengguna minyak yang membahayakan kesihatan, tapi membunuh pembuat minyak pula. Tiada sudah dorongan untuk menghasilkan minyak, gara gara janji Jokowi tidak akan menaikkan harga minyak makan.

Sebenarnya ada cara lain yang sudah terbukti berkesan yang boleh di laksanakan. Pakar ekonomi dalam video ini cadangkan supaya di adakan cukai ekspot. Cukai itu boleh di beri kepada rakyat miskin untuk mengurangkan beban rakyat, tapi ini bukan yang di janjikan.

Tapi masih boleh janji di tunaikan, tapi pakar ekonomi selalunya tidak minat, sebab di rasuah oleh orang kaya dan majikan. Kalau duit cukai di beri kepada rakyat miskin, orang kaya akan merasa rugi, dan menganggap kerajaan memanjakan pekerja supaya jadi malas. Orang kaya lebih suka menggunakan duit cukai untuk subsidi harga minyak dari memberi wang kepada orang miskin sahaja. Namun, ini bererti nilai wang Indonesia jatuh.

Cara mudah untuk mengurang inflasi ialah dengan menggunakan eksport untuk meningkatkan nilai wang Indonesia. Sudah terbukti berkesan di Singapura. Inflasi barang impot Singapura dan Brunei amat rendah. Inflasi barang tempatan masih ada tapi sangat rendah tapi ini disebabkan satu lagi polisi Singapura, menaikkan gaji pekerja kerajaan. Swasta pun terikut, menjadikan kos meningkat dan harga barang tempatan naik.

Jadi, cara senang mengatasi inflasi minyak ialah dengan meningkatkan nilai wang. Ada pakar ekonomi tidak sokong sebab konon nilai eksport akan jatuh, impot pula naik. Nilai eksport jatuh dalam nilai Rupiah, tapi dari nilai US tiada beza.

Nilai impot pula jatuh juga, tapi sebab menjadi murah, selalunya rakyat pun mengimpot lebih lah. Sebab itu jumlah impot meningkat. Faham faham lah, rakyat dapat duit lebih, mereka belanja lah.

Harga minyak makan dalam Rupiah jatuh juga sebab minyak makan di ekspot pakai US. Begitu juga baja dan makanan lain, semua harga jatuh, sebab nilai Rupiah naik. Rakyat suka lah sebab harga tidak naik.

Majikan tidak suka sebab barang jualan menjadi murah dari nilai Rupiah, tapi gaji pekerja naik, dalam nilai US. Kalau nilai Rupiah jatuh, terbalik lah. Majikan nampak untung, pekerja yang rugi sebab gaji turun, harga barang naik.

Jadi, bagaimana meningkatkan nilai Rupiah.

1. Kerajaan peg atau jadikan, nilai Rupiah tinggi dengan memaksa pertukaran wang yang menjadikan Rupiah lebih mahal.

Malaysia pernah buat tapi oleh sebab menipu, di jatuhkan nilai wang Malaysia oleh George Soros dan rakan rakan, sampai sekarang lah.

Indonesia jangan menipu macam Malaysia dengan menetapkan nilai wang berlebihan dari nilai simpanan wang asing, walaupun terlalu banyak ringgit di luar negara hasil dari wang rasuah.

Wang asing akan kuang tapi apa salahnya tolong rakyat kan.

Menteri kewangan Malaysia pernah di salahkan sebab main forex.

2. Guna hasil wang asing seperti US yang terdapat dari mengekspot kelapa sawit, untuk membeli wang Rupiah untuk di bakar. Kurang Rupiah, naik lah nilainya, tapi wang asing kurang.

Nilai Rupiah naik, harga ekspot dan impot pun turun lah juga, atau tidak naik sudah. Orang kampung bilang, harga konon stabil.

Yang penting di benarkan untuk di ekspot. Kalau tidak, seperti polisi sekarang, harga minyak makan di Indonesia akan turun sementara waktu sahaja, tapi harga kelapa sawit naik, menguntungkan Malaysia.

Tapi oleh sebab petani kerugian, lambat laun, kurang juga minyak makan di Indonesia sebab orang tidak mampu tanam atau kerja di ladang sudah. Apa lagi, di seludup ke Malaysia pula, lagi lagi Malaysia untung.


No comments: