Sunday, 5 September 2021

ADAS Termurah, Rm 270.

You can have ADAS, Advanced Driver Assistant System yang lebih canggih dari yang di pasang di Proton X70 sebab ia boleh bercakap. Harga cuma Rm270 untuk 70mai A500s.

70mai brand ini bagus, bukan brand China yang lain. Ia ada lah berhubung dengan Xiaomi. Brand China yang lain kebanyakan nya pembohong. Konon 1080p tetapi sebenarnya cuma 480p sahaja, nombor kereta pun susah mau tengok. Apa lagi reliabiliti nya. Cepat rosak.

Aku ada beli 70mai A800 dengan harga Rm400. Bezanya cuma ia boleh rakam 4K kalau depan sahaja, tapi jadi 2.7K depan dan belakang. Memang terang gambarnya. Sudah lebih setahun, tiada masaalah. A800 juga ada screen 3 inchi berbanding dengan 2 inchi untuk A500s. Jadi lebih senang menengok gambar belakang.

Alat ini lah yang paling murah memberi kemudahan ADAS dan sangat reliable dan berfungsi dengan baik. Yang di pasang di A800 memang baik. Cuma dashboard perlu di simpai kain atau papan hitam supaya pantulan cahaya kurang.


https://youtu.be/coaPWvpp73A

A more detailed review conducted in Malaysia.

No comments: