Tuesday, 6 July 2021

Dayus Kalau Menyebar Kepalsuan

Memfitnah orang adalah dosa besar juga tapi tidak lah pula sampai dosa syirik atau tiada iman. Yang menyebar fitnah ini lah lagi besar dosanya sebab dayus. Dayus ialah menyokong atau membiarkan  kejahatan. 

Nabi Muhammad sendiri kata tau, bukan imam imam atau sahabat nabi, bahawa sesiapa yang menentang kejahatan dalam hati adalah yang paling sikit iman nya. Ertinya, sesiapa yang diam sahaja, atau tidak mahu tahu ada kejadian kejahatan, tiada iman sudah, iaitu syirik.

Sesiapa yang dayus sebab bodoh boleh di anggap membuat dosa secara tidak sengaja. Masih boleh memohon ampun dengan bertaubat. Sesiapa yang membuat dosa dengan sengaja tidak boleh di ampun walaupun bertaubat, dan ini ada lah perintah Allah sendiri, tertulis di dalam quran.

Kalau sudah di terangkan dan larang membuat kejahatan tetapi masih juga buat kejahatan, bererti sengaja sudah kan? Tidak mahu dengar penerangan dengan alasan tidak mengerti, boleh di anggap sebagai sengaja buat kejahatan kan? Kalau tidak faham, tanya atau soal. Malas bertanya atau menyoal boleh di anggap sengaja buat salah juga tau.

Untuk menentukan kesahihan tafsiran hadis dan quran tidak perlu pakai logic atau fikiran pun. Tengok saja kesan nya. 

Contoh nya, Selangor. Nabi  Muhammad arah orang Islam duduk di rumah kalau ada wabak, dan kalau mati kebuluran pun sebab duduk di rumah, mati syahid jadinya. Orang Islam keluar juga dari rumah dengan alasan cari makan.

No comments: