Tun Dr. Mahathir,
Perdana Menteri Malaysia
11 Feb 2019
Per:
Rayuan untuk Pertahankan Hak Cipta Malaysia
Saya telah memberi cadangan kepada Jabatan
Perdana Menteri, Bahagian Undang undang supaya menggubal undang undang hak
cipta supaya mempercepatkan prosess kelulusan ciptaan tempatan melalui Ruj:
BPA.600-1/10/2018/PCB.241080 bertarikh: 30/10/2018.
Mohd Suffian Bin Mohd Kasim b.p. Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam Jabatan
Perdana Menteri telah menyatakan “2. Pihak kami seterusnya ingin memaklumkan
bahawa kes ini diklasifikasikan sebagai selesai kerana ia membabitkan cadangan
dan bukan aduan terhadap perkhidmatan pihak Tuan.”
Namun sehingga kini tiada tindak balas balas
tentang paten paten saya yang telah difailkan di MYIPO walaupun sudah lebih 5
tahun. Semua maklumat tentang masaalah yang saya hadapi ada di tulis didalam
aduan tersebut.
Pegawai pegawai di Jabatan Perdana Menteri
ini tidak mahir dalam mempertahankan hak cipta negara sebab kurang rasa
patriotik dan jiwa berjuang sebab takut terhadap kuasa besar, tapi saya yakin
Tun Mahathir tidak, sebab Tun amat bersungguh sungguh untuk membawa Malaysia
ketahap negara maju. Mempertahankan hakcipta Malaysia amat penting dalam
menguatkan penguasaan teknologi kita, kunci sebenar pembangunan negara, bukan kekayaan
saja. Teknologi dulu, kekayaan akan menyusul kemudian.
Dari rekod dan kenyataan Tun, Tun adalah
seorang yang berani dan jujur untuk mempertahan keadilan dan maruah Malaysia.
Kuasa besar ini bukan pun adil sepenuhnya seperti apa yang mereka buat dengan
tindak tanduk Kerajaan Yahudi Israel. Sebenarnya begitu juga dengan hak cipta.
Saya mempunyai bukti jelas bahawa mereka tidak adil dan berani membuat
keputusan yang melanggar keadilan dan undang undang antarabangsa untuk
hakcipta. Sila rujuk di web site saya: https://sites.google.com/view/patenting-issues/home.
Sudah lebih 5 tahun namun tidak ada jawapan
manasabah tentang pemeriksaan paten paten saya. Di UKIPO (United Kingdom) saya
mendapat komen seperti menyamakan paten saya yang jelas menggunakan “hard plate”
dengan paten yang jelas pula bergantung kepada “soft cover”.Kenapa pula seorang
pemerika paten boleh begitu bodoh sehingga menyamakan lembut dengan keras.
Begitulah juga disemua keenam paten yang saya failkan. Salah satu pula
menyamakan teknologi yang menggunakan satu shaft dan motor dengan teknologi 2
shaft dan 2 motor. Yang baiknya pula UKIPO memberi komen ini dalam 1 bulan
sahaja.
MYIPO(Malaysia) adalah lagi teruk. Setelah
5 tahun baru membuat komen bahawa paten saya sama dengan teknologi yang
menggunakan 2 shaft dan 2 motor juga. Komen ini lah yang menyebabkan saya
membuat aduan kepada biru aduan Jabatan Perdana Menteri di tujukan kepada
Menteri Undang Undang supaya menggubal undang undang hakcipta, pada 30/10/2018.
Sekarang sudah lebih 3 bulan, belum lagi dapat balasan. Mungkin terpaksa
menunggu 5 tahun lagi dengan alasan MYIPO tidak cukup kakitangan, apa lagi yang
mahir.
Oleh sebab terlalu mahal, saya cuma memfailkan
3 paten sahaja di USPTO menggunakan micro-entiti. Walaupun murah, tetapi terhad
kepada 4 paten sahaja, dan harganya sama dengan MYIPO. Paling murah adalah
UKIPO (United Kingdom), bukan MYIPO (Malaysia). 2 paten telah dianggap sebagai
abandon sebab saya konon lambat hantar balasan. Sebenarnya salah kira denda
sahaja. Yang satu lagi, walaupun rayuan petition diluluskan sebab kelambatan
balas adalah disebabkan tidak dapat surat dari USPTO, namun patent examiner
telah tidak mengindahkan keputusan petition ini tanpa sebab, walaupun ini adalah
pemfailan dari patent antarabangsa melalui WIPO(Dunia, di Geneva).
Yang satu lagi, jelas bahawa alasan alasan
penolakan tidak berlandaskan garis panduan USPTO itu sendiri dan keputusan
mahkamah Agung USA (US Supreme Court) dan juga paten paten yang lepas.
Dengan bukti bukti ketidak adilan pejabat
pejabat paten di USA dan UK, boleh lah pegawai Tun menggubal undang undang
hakcipta yang memberi keistimewaan kepada paten paten tempatan. Keistimewaan ini
tidak bererti kita boleh langgar undang undang. Masih boleh ditentukan oleh
Mahkamah di Malaysia, sama seperti di USA. Keputusan USPTO (USA) boleh di tolak
oleh Mahkamah Agong USA seperti yang terjadi di kes KSR ini: https://www.uspto.gov/sites/default/files/documents/ksr_master11-18-2010.ppt
Senarai
cadangan:
Saya cadangkan
supaya MYIPO diberi masa 1 tahun selepas pemfailan, untuk memeriksa paten paten
yang dianggap penting untuk negara dan mesti mebuat keputusan dalam masa itu
juga. Jika ada bantahan, hujah hujah dari pencipta diberi keutamaan. MYIPO
mesti membuktikan dengan tanpa syak (beyond reasonable doubt) bahawa paten
paten tidak sah, bukan pencipta yang membuktikan.
Oleh sebab
perubahan undang undang hakcipta ini memaksa MYIPO bertindak, jangan benarkan
MYIPO untuk mendrafkannya atau membuat keputusan muktamad. Beri tugas
penggubalan undang undang hakcipta ini kepada pehak industri melalui MIGHT (https://www.might.org.my/).
UKIPO ada provisi
untuk mempercepatkan pemeriksaan paten kalau teknologi yang menjaga sekitar
alam dan paten paten saya sebenarnya adalah untuk mejaga sekitar alam tapi saya
tidak tahu cara untuk memohon mempercepatkannya.
Seperti yang Tun
Mahatir maklum, untuk menjadi negara maju, Malaysia tidak boleh menjadi negara
pertanian sahaja. Kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan untuk membangun PROTON
tidak merugikan negara sebab ia pergi kepada jurutera dan pekerja industri
otomotif negara. Perbelanjaan ini adalah lebih berguna dari perbelanjaan untuk
penyelidikan universiti yang cuma menghasilkan graduan graduan sahaja.
Tindakan tindakan
cepat dan tegas terhadap undang undang hakcipta perlu, sebab perindustrian
motor ketiga “new national car project (NNCP)”. Paten paten saya ini adalah
jenis yang disruptif jadi memerlukan perbelanjaan pembangunan yang banyak. Saya
tidak sanggup memohon peruntukan dari kerajaan atau swasta kalau teknologi ini
tidak di jaga dengan paten paten. Ia akan membazir duit rakyat sahaja. Ia akan
senang ditiru sahaja sesudah pembangunan selesai.
Rakyat Malaysia
umum nya, termasuk lah ramai pegawai di kementerian Tun, tidak yakin bahawa
Malaysia mampu menghasilkan ciptaan bertaraf dunia. Walaupun tidak faham
tentang tentang konsep konsep, sudah katakan ia tidak akan berjaya.
Yang perting,
buat lah kajian menyeluruh dan periksa fakta dulu. Kalau betul, kenapa tidak
boleh pula? Kita pula perlu memberi keutamaan kepada rakyat kita dahulu. Kalau
tidak boleh buktikan paten paten saya salah, percayalah dengan kiraan saya,
atau sesiapa sahaja rakyat yang mewakili Malaysia. Bukan pula mempercayaai
negara maju sahaja, walaupun tidak faham konsep konsep mereka.
Sebagai contoh,
negara Rwanda. Ia sekarang adalah negara yang pertama melarang pengimpotan
plastik yang menyebabkan Rwanda bersih tanpa memerlukan perbelanjaan besar
https://ocean.org/articles/rwandas-plastic-bag-black-market/.
Sekarang negara maju yang meniru Rwanda, seperti EU.
Demikian juga
dengan teknologi drone. Rwanda sudah pun melaksanakan penghantaran menggunakan
drone sejak 2016 lagi.
https://www.bbc.com/news/av/technology-43886039/drones-deliver-blood-and-medical-supplies-in-rwanda.
Amazon dan syarikat besar lain didunia belum pun mula.
Kononnya tidak
sah Rwanda punya teknologi, sebab hasil bukan dari Rwanda semuanya. Mana ada
teknologi dihasilkan oleh satu negara. Tesla sendiri bergantung kepada pembekal
dari seluruh dunia.
Adalah kereta
Tesla bukan rekaan Elon Musk di USA? Mengarut sahaja, tetapi memang pandangan
rakyat Malaysia yang masih lemah pengetahuan dan pemikiran mereka.
Yang benar,
Saya yang
menjalankan amanah.
Ir. Hj Othman bin Hj. Ahmad
Profesor Madya,
Fakulti Kejuruteraaan,
Universiti
Malaysia Sabah
Tel: 0178980858 ,
email: othman58@ums.edu.my
No comments:
Post a Comment