Oleh : PP SEMPORNA
MEMBACA
Laporan Blog Sembiraiku mengenai penggunaan Istilah sebutan ‘Melayu
Bajau’ yang hendak diperkenalkan oleh Pertubuhan NGO USBO, kami dari
Komuniti Bajau Lcf-TSMP (Local Forum Komuniti Tun Sakaran Marine Park)
amat terkilan dan tidak bersetuju semasa sekali penggunaan Istilah
tersebut kerana ia akan menghilangkan Identiti dan Hak Bajau itu sendiri
sebagai bangsa yang bertamaddun dan mempunyai Identiti sendiri yang
wajar dikekalkan dengan Identiti Borneonisasi.
Bagi menyahut kekhuatiran masyarakat FB terhadap perkara ini, kami
memohon supaya USBO jangan meneruskan rancangan asimilisasi atau
adaptasi Bajau ke arah Melayu, hanya kerana kurang faham apa itu bangsa
dan apa itu Identiti.
Sepatutnya
Presiden USBO (United Sabah Bajau Organisation) mengkaji
sedalam-dalamnya konsep penggunaan istilah itu sebelum menyeru dan
meminta masyarakat Bajau di Negeri ini menggunakanya. Bajau adalah
bangsa yang bertamadun sejak ratusan tahun dahulu, bahkan mendahului
ketamadunan suku-suku lain di rantau ini sebelum Kerajaan Melayu Melaka.
Ketamaddunan Bajau Boleh Ditemui Di Filipina
Sekitar
tahun 1380 masyarakat Bajau di Filipina Selatan sudah menerima
kedatangan Islam ke situ yang dibawa oleh Syeikh Karimul Makhdum dan
seterusnya kewujudan Masjid ertama bangsa Bajau di Pulau Simunul, Tawi
Tawi itu di sana masih boleh dilihat sehingga ke hari ini sebagai bukti
bahawa masyarakat Bajau menerima ketamadduan lebil awal berbanding
bangsa lain. Sanggupkah kita padamkan sejarah Islam dan hubungannya
dengan Bajau?
Perjuangan Bajau Boleh Ditemui Di Sabah Malaysia
Perjuangan
Bangsa Bajau di Sabah yang dipimpin oleh para Ulama dan ahli sufi sejak
era Magindora sebelum kedatangan British 1881 yang pernah direkodkan
oleh penjajah British.
Bangsa
Bajau adalah bangsa yang pertama pernah mengistiharkan perang menentang
British kerana tidak mengiktirap ‘Perjanjian Pajak Gadai’ antara BNBC
dan Sultan Sulu 1881, seterus menyerang penempatan British di Silam,
Lahad Datu sekitar 1884 dan 1885 dari Kominiti Bajau Omadal, Semporna
Sabah. Era ini membuktikan mereka adalah bangsa yang berjuang demi
mempertahankan tanah air.
Seterusnya
seorang anak Bajau campuran Suluk, Paduka Mat Salleh meneruskan
pemberontakan terhadap British dengan menyerang Wilayah Pantai Barat
Sabah. Sanggupkah kita memadamkan sejarah perjuangan Bangsa kita hanya
kerana tujuan menyesuaikan diri mengejar pangkat dan projek?.
Kerajaan Bajau/Wajo Boleh Ditemui Di Indonesia
Kerajaan-kerajaan
Bajau sebenarnya telah wujud sekian lama di rantau ini se awal 1300
sebelum Kesultanan Sulu sehinggalah kepada Kerajaan Bajau di Makassar,
Kesultanan Gowa, Luwu, Bima dari Sulawesi dan Kerajaan Islam Asia
Tenggara yang ada di Borneom Kalimantan seperti Kesultanan Kutai,
Kesultanan Bulungan, Kesultanan Banjar termasuk Kesultanan Brunei yang
pernah didominasi oleh Bangsa Bajau.
Saya ingin mengambil contoh Kerajaan Gowa di Makassar Sulawesi Selatan yang berasal
dari Kerajaan suku Wajo/Bajo Pimpinan Arong Mattoa adalah salah satu
bukti bahawa Ketamaddunan Bajau telah wujud sekian lama.
Bahkan
Perdana Menteri kita hari ini Datuk Seri Najib Tun Razak adalah
keturunan langsung ke 19 Kesultanan Gowa, Makassar dari suku Wajo/Bajo
Keturunan Sultan Hassanuddin yang telah merantau ke Pahang.
Karaeng
Aji yang terpaksa meninggalkan tempat asalnya untuk belayar Pahang
dengan bantuan pelayar-pelayar Bajau Balangingi kerana tidak setuju
dengan perjanjian Bungaya di antara Kesultanan Gowa dan Aru Palaka, Raja
Bugis Bone yang bersekongkol dengan belanda. Sanggupkah kita padamkan
Sejarah Bajau yang pernah membantu keturunan PM kita?
Perdana Menteri Malaysia Anak Gowa Suku Bajo.
”Saya
adalah Anak Gowa, Saya keturunan langsung Raja Gowa dan Hari ini saya
balik ke Gowa Bukan untuk Merampas Takhta Raja Gowa, melainkan untuk
menjalin semangat kekeluargaan yang sebenarnya tidak putus. Saya adalah
Anak Gowa yang merantau 11 (sebelas) Generasi,” kata Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa melawat Gowa,
Sulawesi Selatan pada 15 Mei 2009.
Najib,
sebagai anak Bajau Pertama rakyat Malaysia yang menjadi Perdana Menteri
negara ini, mungkin terpaksa mengkaji semula salsilah keturunannya dari
Bugis Makasar suku Wajo.
Proses
asimilisasilah yang menyebabkan beliau mungkin kurang memahami
susurgalur keturunan Bugisnya tetapi hakikatnya sejarah mengatakan
bahawa beliau waris tulen Kerajaan Gowa dari Suku Wajo yang
diasimilisasikan kepada Bugis.
Anak Gorontola Juga Mungkin Menjadi Presiden Indonesia Ke 3
Di
Indonesia, Bacharuddin Jusuf atau lebih dikenali sebagai BJ Habibie
yang lahir di Pare Pare, Makasar; ayahnya berasal dari Gorontola,
Sulawesi Utara adalah dari kawasan wilayah Bao atau Wajo yang telah
diasimilisasikan menjadi Bugis kerana proses yang sama.
Kehebatan
pemimpin Bajau, seperti Tun Razak, BJ Habibie yang mencipta nama dalam
arena politik antarabangsa telah diadaptasi oleh proses asimilasi kepada
bangsa lain seperti Melayu dan Bugislah yang menyebabkan Bajau
kehilangan identiti secara berterusan.
Bersediakah
kita menulis sejarah baru nanti bahawa Tun Mustapha, Tun Sakaran, Tun
Said Keruak, Datuk Salleh, Usu Sukam yang pernah menjadi Gabenor atau
TYT serta Ketua Menteri Sabah ini adalah Keturuan Melayu suku Wajo?.
Martabat Bajau Terbela Di Sabah Malaysia
Satu-satunya
negara yang menjadi peninggalan Bangsa bajau dan warisan Bangsa di atas
muka bumi yang masih boleh kita banggakan adalah Sabah, Malaysia.
Sabah
adalah negeri merdeka yang telah menjadi peninggalan warisan nenek
moyang kita yang boleh menerima kita sebagai bangsa yang bermartabat dan
mendapat kemerdekaan secara mutlak.
Di
negara lain kita telah mengalami proses asimilasi sehingga bangsa kita
menjadi bangsa yang tidak mempunyai identiti tulen terpaksa menumpang
kasih kepada bangsa lain. Di Filipina, Bajau telah diadaptasi dengan
budaya Suluk dan lebih teruk lagi generasi ini telah banyak murtad
meninggalkan agamanya kerana tidak sanggup menjadi bangsa yang tiada
identiti.
Di
Indonesia khasnya, Sulawesi, kita sedia maklum Masyarakat Bugis hanya
tertumpu di Selatan iaitu Kerajaan Bugis Bone Sulawesi Tenggara,
sementara yang lain mempunyai kerajaan masing-masing yang terdiri dari
pelbagai suku dan bangsa. Namun adaptasi dan asimilasi semua kerajaan
Islam Sulawesi dan Kalimantan maka mereka telah menjadi kerajaan Bugis,
walaupun hakikatnya mereka bukan suku Bugis.
Makasar,
Luwu, Soppeng, Gowa telah menjadi Bugis Makasar, Bugis Luwu, Bugis
Soppeng, Bugis Penderang, Bugis Banjar, Bugis Pontianak, Bugis Kutai,
Bugis Tidong dan sebagainya.
Walhal
semua tempat ini sebenarnya bukan suku Bugis dan mempunyai bangsa
sendiri, ketamaddunan sendiri dan kerajaan sendiri serta mempunyai
martabat masing- masing. Bolehkah kita terima apa yang berlaku di
Kalimantan dan Sulawesi itu?
Perjuangan
Masyarakat Bajau di Sabah adalah adalah titik tolak kepada kemerdekaan
kita yang sebenar, perjuangan dan kebebasan idiologi kita yang harus
kita pelihara dengan baik supaya dapat diwarisi oleh anak cucu kita pada
masa akan datang.
Jesteru
itu adalah wajar perjuangan USBO di Sabah memberikan penumpuan
perjuangannya terhadap sejarah, budaya, sosial dan politik di negeri ini
tanpa mengdaptasikannya kepada proses asimilasi ke dalam dunia Melayu.
Jika
tidak sanggup berjuang untuk bangsa Bajau, bubarkan saja nama Bajau
dari Pertubuhan USBO atau adakah kita akan menulis sejarah kita dan
memberitahu generasi kita bahawa pada satu ketika Pemimpin Melayu Bajau
dan Melayu Dusun, Melayu Brunei, Melayu Kadazan, Melayu Dayak, Melayu
Iban, Melayu Tidung, Melayu Suluk dan lain lain adalah suku yang
memperjuangkan kemerdekaan kita.
Alam
Bajau amat indah dan cantik. Janganlah ia dicemari oleh konsep dan
istilah yang bakal menghilangkan identitinya serta sejarah
kemaddunannya. Peliharalah Bajau dan abadikanlah Bajau di tempat yang
wajar dan bukan menumpang tuah dari bangsa lain.
Berpeganglah kita kepada Peribahasa Bajau yang pernah menjadi ungkapan nenek moyang kita, “Bang Alam Bissalah Alam Na Bangsa.”
Janganlah
kita menjadi Bajau yang hiprokrit, pentingkan diri sendiri sehingga
sanggup menjual maruah bangsa sendiri kepada orang lain kerana
kepentingan serta agenda terbunyi kita sendiri seperti mana peribahasa
Bajau :
“Kayu Kayu Langkau Nyana Nganjaga Nyana Nangkau”
Mohon
jasa baik Presiden USBO, Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said
Keruak agar menghentikan ideologi yang kurang bijak dan bakal
melenyapkan identiti bangsa Sabah dan teruskanlah perjuangan USBO untuk
Bajau atau Datuk Seri wajar melepaskan jawatan Presiden Bajau itu untuk
diamanahkan kepada pemimpin Bajau yang sayang kepada bangsanya.
Tulisan
ini tidak membawa maksud dan memandang prejudis kepada Bangsa Melayu
tetapi adalah sekadar mengingatkan Pemimpin Bajau supaya lebih
bertanggungjawab terhadap bangsa.
http://sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=6342:jangan-manipulasi-bangsa-bajau&catid=35:berita-sabah&Itemid=27
The author appears to know a lot but we need better references. I am very interested because I am also a Simunul, a branch among the Bajau tribes, originally from Simunul island. The correct term is bajau from Simunul island. I don't understand why my ancestors don't call our race as bajau but prefer to name it from its islands, but judging from the language, these bajaus are all related, distinguished only from their islands.
|
No comments:
Post a Comment