MENGIMBAS KEMBALI KES ROGOL GADIS BAWAH UMUR MELIBATKAN KETUA MENTERI MELAKA TAHUN 1994
Mungkin ada di antara kita yang masih ingat tetapi semakin lupa akan
penderitaan yang ditanggung oleh nenek bernama Pendek binti Ahmad yang
mengetahui akhirnya cucu perempuannya, Noryati binti Mohamad Yusop yang
ketika itu berumur 14 tahun dirogol oleh Ketua Menteri Melaka waktu itu,
RAHIM TAMBY CHIK! Dibawah dipaparkan kembali apa yang sebenarnya
berlaku, 18 tahun lalu!
Perbicaraan Lim Guan Eng, 1997
Perbicaraan LIM GUAN ENG, 1997 adalah perbicaraan mengenai kes rogol
gadis bawah umur oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim
Tamby Chik. Lim Guan Eng merupakan ahli politik pembangkang di Malaysia
serta Setiausaha Agung bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Sebaliknya, Tan Sri dikatakan merogol seorang murid sekolah berumur 15
tahun. Disebabkan tuduhan ini serta tuduhan-tuduhan rasuah, beliau
terpaksa meletakkan jawatannya walaupun beliau tidak dituduh secara
rasmi bagi kes rogol dan tuduhan-tuduhan rasuah telah digugurkan.
Dalam perbicaraannya, murid itu telah memberi bukti bahawa dia
melakukan hubungan seks dengan menteri tersebut. Di bawah undang-undang
Malaysia yang berdasarkan undang-undang British, hubungan seks dengan
gadis bawah umur dianggapi sebagai rogol tanpa mengira adakah gadis itu
bersetuju dengan perlakuan atau tidak.
Murid perempuan itu
kemudian dihukum tiga tahun jagaan perlindungan di pusat pemulihan. Lim
mengemukakan anomali-anomali kes tersebut selepas penjaga murid itu,
yakni neneknya yang tinggal di Kawasan Parlimen Lim, telah meminta
pertolongan.
Pada 28 Februari 1995, Lim didakwa di bawah Akta
Hasutan, 1948 kerana menyebabkan "perasaan tidak puas hati akan
pelaksanaan keadilan di Malaysia". Pada 17 Mac 1995, satu tuduhan
tambahan di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan dikenakan kepadanya
kerana 'mencetak dengan niat jahat' risalah yang mengandungi 'maklumat
palsu', khususnya kerana beliau telah menggunakan perkataan 'mangsa
terpenjara' untuk menggambarkan murid sekolah itu.
Dalam
perbicaraan pertama pada tahun 1997, Lim telah disabitkan bersalah dalam
kedua-dua tuduhan dan didenda sebanyak RM15,000. Kerajaan merayu ke
atas hukuman yang dianggapi terlalu ringan dan pada perbicaraan yang
berikutan, hukuman dinaikkan kepada pemenjaraan tiga tahun.
Disebabkan hukuman ini, Lim dilarang menjadi ahli parliamen secara
automatik. Lim berkata: "... saya tidak menyesal. Saya tidak berasa
sesal kerana gagal dalam perjuangan prinsip-prinsip kebenaran dan
keadilan. Serta perjuangan hak asasi manusia, khususnya hak asasi
wanita.
Tidak akan terdapatnya hak asasi wanita sekiranya
mangsa rogol dianggapi sebagai pihak yang perlu bertanggungjawab
bersama-bersama dan ditahan juga, sedangkan orang yang dituduh masih
bebas."
Amnesty Antarabangsa telah menerima Lim sebagai
"Banduan Hati Nurani". Marina Mahathir, anak perempuan kepada Perdana
Menteri ketika itu berkata: "Terdapat ketidakadilan dalam undang-undang
yang amat membingungkan... Pengajaran adalah jelas — pilihlah perogol
anda dengan teliti...
Sebagai seorang wanita, khususnya wanita
Muslim, saya berasa marah, meluat dan malu... Sebagai seorang ibu, kini
saya mengalami ketakutan yang benar terhadap anak perempuan saya. Apakah
perlindungan yang kami dapat berharap bagi anak-anak perempuan kami
sekiranya, dalam kepentingan politik, seorang gadis bawah umur boleh
dikorbankan dengan amat mudah?"
Ulang siar kenyataan nenek kepada mangsa rogol Rahim Tamby Chik
Berikut disiarkan semula kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin bagi pihak
ibunya Pendek binti Ahmad, nenek kepada Noryati binti Mohamad Yusop,
mangsa rogol yang terlibat dengan kekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri
Abdul Rahim Tamby Chik di Hotel Belmount, Melaka pada 3hb November 1999:
Ahli Parlimen Kota Melaka waktu itu, Lim Guan Eng dipenjara
kerana mempertahankan gadis Melayu yang dirogol
oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik
Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak
mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui
selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan
sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di
mahkamah di depan tuan hakim.
Cucu saya, telah membuat satu
kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar
Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa
dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri
Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.
Saya amat terkejut
dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya
telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu
saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga
dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang
melakukan hubungan sulit dengannya.
Oleh kerana cucu terlibat
dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos
1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat
berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN
boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang
merogolnya bebas tanpa dipenjarakan.
Ini boleh dilihat selepas
14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di
mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat
peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan
pada 1995. Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah
meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan
Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya.
Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat
keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada
25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen. Dalam kes
mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah
mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim.
Pada
27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang
saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan
Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya. Selepas itu cucu saya,
semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada
hubungan sulit dengannya.
Malah, cucu saya telah membuat satu
ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari
1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-
“Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau,
dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah
dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya.
Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak
adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB.
Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di
Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta
supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya
meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia.
Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen
boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua
pihak itu.”
Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan
sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia
telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia
mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat
keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.
Saya
berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya.
Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh
membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim
sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit
dengan Tan Sri Rahim.
Nyata sekali, ini adalah satu lagi
konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik. Saya
masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat
Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia
memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri
daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang
keluarga kami kepadanya tidak dibalas.
Lim Guan Eng ditangkap
kerana membantu mangsa yang dirogol oleh Rahim Thamby Chik. Apa yang
dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang
telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba
mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah
anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa
dipenjara.
Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim
atas apa yang cucu saya telah lakukan. Saya juga berhasrat memberikan
jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang
pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala
penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu
miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN.
Kami tidak
akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan
keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama
kami. Semoga Allah S.W.T boleh memaafkan cucu saya.
Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin
Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka
Friday, 22 June 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment