jelas, tidak ada paksaan dalam Islam.
Janganlah kita membelit belit kan bahasa sehingga menyatakan bahawa
setelah masuk Islam, BOLEH DIPAKSA pula!!!
Kalaulah seseorang itu telah hilang Akidahnya, sama seperti orang UMNO
yang melarang rakyat untuk BEBAS BERHIMPUN SECARA AMAN, yang JELAS
diterangkan didalam PERLEMBAGAAN, kita tidak boleh paksa mereka.
Biarlah mereka masuk NERAKA. Yang penting, KITA TIDAK MASUK NERAKA
dengan MENYOKONG UMNO, dan sifat melanggar PERLEMBAGAAN dan JANJI-
JANJI.
Berbohong pula itu. Bada sendiri PERLEMBAGAAN!!!
Jelas betul " RAKYAT BEBAS BERHIMPUN SECARA AMAN"
Bagaiman boleh BEBAS kalau POLIS MELARANG SEBARANG PERHIMPUNAN!!!!
Sebab KONONNYA AKAN BERLAKU TIDAK AMAN!!
Bagaimana dia tahu SEBELUM PERHIMPUNAN berlaku!!!!
Dia ada ILMU SAKTI KAH!!!
Kalaupun ada PERINTAH, MALAH UNDANG-UNDANG pun memberi KUASA kepada
POLIS untuk melarang PERHIMPUNAN, UNDANG UNDANG INI TIDAK SAH, kalau
tidak patuh terhadap PERLEMBAGAAN.
Sesiapa orang ISLAM yang menyokong perlembagaan perlembagaan, seperti
professor ini dan lain-lain, sudah hilang AKIDAH dalam ISLAM. Dalam
udang-undang, tidak ada tindakan apa apa, kecuali POLIS dan PARLIMEN
yang telah melulus atau melaksanakan undang-undang yang melanggar
perlembaggan. Tindakan saman boleh diambil terhadap POLIS, kerajaan
dan ahli ahli parlimen yang telah melanggar perlembagaan ini.
Jika hakim-hakim diMalaysia, tidak patuh terhadap perlembagaan ini,
boleh diambil tindakan di London atau dunia untuk mendapat pampasan
wang.
Orang Melayu mesti selidiki siapa Ambiga
2011/06/26
Ambiga Sreenevasan
Ambiga Sreenevasan
Perhimpunan haram dianjur individu perlekeh Islam
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia, terutama orang Melayu diminta meneliti
siapa sebenarnya Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum mengikut telunjuknya
yang meminta rakyat supaya mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai
ini.
Penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali
sejarah tindak-tanduk Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat
Islam, terutama orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli
mengikut kehendak dan telunjuknya.
Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab
menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama
(IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk
menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan
dengan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga mempertikaikan pelaksanaan
hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan
menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut
agama Islam.
Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos
2008 yang membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121
(1A). Biarpun mendapat bantahan orang Islam, Majlis Peguam yang
diterajui Ambiga tetap meneruskan forum itu.
Justeru penganalisis politik berpendapat tindak tanduk Ambiga
memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati
undang-undang dan Perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya
harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9
Julai yang diketuainya.
Penganalisis politik bebas dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof
Datin Paduka Dr Ramlah Adam, berkata sebagai seorang peguam, Ambiga
sudah tentu arif mengenai undang-undang dan Perlembagaan negara.
"Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat
permit polis, maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak
faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu,
walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak," katanya.
Tegasnya keperluan untuk menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak
jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati
terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan
saluran betul seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media
elektronik, bukannya mengadakan demonstrasi haram.
Pemerhati politik dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Prof
Datuk Dr Zainal Kling pula menyifatkan semua golongan yang terbabit
dalam penganjuran perhimpunan haram itu adalah tidak layak dan tidak
patut menjadi pemimpin, termasuk Ambiga.
Katanya, mereka terlampau mengikut parti politik tertentu yang
memperjuangkan ideologi politik masing-masing sedangkan mereka sendiri
pun tidak 'bersih'.
"Mereka sebenarnya lebih baik melakukan tunjuk perasaan sebagai parti
politik dan bukan sebagai NGO.
"Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik),
terutama orang awam mengenai kacau bilau dalam parti masing-masing
seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau
autokratik dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada
perjuangan asal mereka," katanya.
Zainal turut menyifatkan tujuan perhimpunan haram itu adalah semata-
mata untuk melindungi 'kekotoran'' yang sedang berlaku dalam parti
pembangkang.
"Mereka sedang cuba melahirkan keadaan kacau-bilau, huru-hara dan
anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan
mereka meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi
huru-hara," katanya.
Rakyat patut mengambil iktibar dan memerhati perilaku serta taktik
parti pembangkang yang menggunakan politik semata-mata untuk
kepentingan kekuasaan mereka sendiri, katanya. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment