Saturday, 24 November 2007

Re: Supporting ineffective leaders is committing 2 sins

On Nov 24, 6:21 pm, KJ <khairy.jamalud...@gmail.com> wrote:
> On Nov 24, 3:21 am, Choong <sunr...@streamyx.com> wrote:
>
> > Haji boy, you wrote this? In a sense I do think the same, UMNO is so
> > corrupt with BN so even PAS deserves a chance.
>
> > Choong
>
> bagi can kepada UMNO di bawah kepimpinan barisan pemuda baru.

Sebab itulah artikle ini lebih kepada pertukaran pemimpin, dan tidak
semestinya Parti, tetapi saya sangat sangsi dengan apa yang telah
terjadi kepada Sabah.

Pemimpin UMNO adalah seperti pemimpin diCUCUK HIDUNG.

Bayangkan, sebuah parti yang berbangga dengan keIslamannya,
tetapi Kerajaannya
i) mengamal riba dengan denda cukai pendapatan lebih dari 120%
setahun,
ii) tanpa sebarang notis kekurangan bayaran sebab kononnya notis
taksiran sudah memadai,
iii) mendenda walaupun sudah dibayar cukai,
(my-incometax.blogspot.com untuk bukti nyata)

iv) membiarkan pekerja perempuan negaranya menunjukkan kemaluannya
melalui seluar dalam berbentuk tali sahaja(G-string), untuk
ditunjukkan kepada seluruh orang didunia ini melalui Penerbangan Asia.
Ini disahkan oleh Isteri saya sendiri. Saya baru tahu sewaktu
perhimpunan agung UMNO sahaja.

Kenapa UMNO terpaksa menyuarakannya cuma diperhimpunan agungnya
sahaja?
Kenapa tidak boleh disuarakan dimesyuarat dalaman sahaja?

Kalau demikian, saya dengan tegas menuduh bahawa Islam Hadhari yang di
laungkan bukan Islam yang sebenarnya. Buktikan dengan perlaksanaannya.

Saya juga tahu bahawa UMNO adalah berbeza dari kerajaan tetapi ia
terlibat bersama sebab tidak mampu menyuarakan pendapat mereka kepada
kerajaan yang sepatutnya tunduk terhadap kehendak ahli-ahli UMNO.

UMNO masih ada peluang untuk memperbaiki keadaan, tetapi apa yang
sudah terjadi tetap sudah terjadi. Ia menjadi sejarah pahit tetapi
tetap sejarah. Kita tidak boleh mengubah sejarah lagi. Namun keadaan
masih boleh diperbaiki.

UMNO memerlukan pemimpin yang jujur, berani, pintar, prihatin,
saksama, bertolak-ansur dan rajin. Anwar Ibrahim memenuhi kesemua ini
tetapi sebab terlalu berani, dihapuskan oleh Mahathir. Abdullah
Badawi, yang kedua tetapi kurang berani, sebab itulah dia selamat.

Mungkin Khairi Jamaludin mampu tetapi belum ada rekod yang baik. Saya
hormati sifat berani tetapi saya selalu dengar perkara yang tidak
baik. Seperti penglibatannya dengan Air Asia sehingga Air Asia berani
melanggar tata-susila Islam dan bukan-Islam diserata dunia ini.

Saya sangsi dengan semua tuduhan ini. Namun demikian, pemimpin baru
UMNO yang mempunyai sifat Anwar Ibrahim perlu dipertengahkan. Namun
pemimpin-pemimpin UMNO yang memegang portfolio kerajaan yang sangsi
seperti Rafidah Aziz sepatutnya sudah lama disingkirkan dari Kerajaan
walaupun tanpa bukti yang jelas.

Untuk jawatan tinggi, kita tidak mampu lagi mengikut lunas-lunas
undang-undang sepenuhnya. Akal dan fikiran perlu digunakan. Bukannya
undang-undang yang tidak menggunakan akal, tetapi prosesnya terlalu
lama dan selalu disalah gunakan. Ini terbukti dengan kes saya melawan
LHDN. Bukan undang-undang yang salah, tetapi pegawai kerajaan yang
tidak mematuhi undang-undang kerajaan itu sendiri.

Untuk menjadi pemimpin kerajaan yang efektif, tidak semestinya tahu
menggubal undang-undang sahaja, tetapi mengawal kakitangan kerajaannya
juga. Rakyat dan pembangkang dan juga ahli politik UMNO selalu
tersilap dengan mengaitkan kakitangan kerajaan, ketua kerajaan dengan
parti. Buat apa ahli UMNO menyokong Hakim yang kurang amanah? Hakim
adalah kakitangan kerajaan sahaja.

Mungkin ada sifat malu membuka pekong didada. Namun, untuk membaiki
penyakit, perlu didedahkan juga supaya dapat dilihat oleh orang yang
mungkin mampu menyembuhnya kelak. Kalau pun mahu mendedahkan pekong
kepada ahli keluarga sahaja, kenapa tidak didedahkan kepada ahli-ahli
UMNO dahulu.

Ir. Hj. Othman bin Hj. Ahmad
Sabah is heaven. Beautiful shark-free beaches and mountains,
next to civilizations with no natural or man-made disasters,
except Malaysia. But how long will it last?
Disclaimer: I only speak for myself.
Homepage: http://othmanA.tripod.com
Blog: http://othmanahmad.blogspot.com

No comments: